Friday, 18 August 2017

Didik Anak Tentang Common Sense Sejak Kecil

Assalamualaikum...


How was your day guys? So today aku terpanggil untuk luah pendapat aku tentang common sense selepas aku lihat orang sekeliling aku less common sense awareness. Before go through aku nak meminta maaf andai nukilan aku ada menghiris hati sesiapa.


Beri Mak Ayah Peluang Menikmati Hari Tua

Those yang dah nikah dan ada anak, please jangan suruh mak ayah awak babysitted awak punya anak unless diorang volunteer nak jaga. Some of elderly dah malas nak jaga budak-budak di hari tua dan mereka cenderung untuk beribadah dan rehat. Kalau anak awak behave dan boleh meringankan beban mak ayah awak, ianya masih boleh dipertimbangkan. Tapi jika sebaliknya better awak educate anak awak sendiri sebab orang tua hatinya cepat terusik.


Peranan Mak Ayah

Mak ayah sangat penting untuk memainkan peranannya dalam mencorakkan anaknya. Sebab tu orang cakap masa mengandung bakal ibu kena jaga kata-kata dan perlakuan sebab benda tu akan bagi effect kat anak. Memang betul pun sebab aku tengok sendiri orang terdekat aku masa mengandung tak jaga perlakuan dan kata-kata, end up berbalik kat anak sendiri masa meningkat remaja. Sebaiknya masa mengandung rajinkan diri baca surah-surah amalan untuk ibu mengandung supaya anak yang bakal dilahirkan dapat jadi anak yang soleh dan solehah. 


Speak Good and Do Good

Korang tau kan budak-budak cepat tiru dan ingat apa yang kita buat. Sebab tu masa mereka kecil kita sebagai parents kena tunjuk contoh tauladan yang baik. Cakap baik dan buat baik. Ajar mereka apa perbuatan yang berdosa dan dapat pahala. Tak lupa juga tentang common sense. Ianya sangat penting. Sebagai contoh, bila azan kena diam, behave bila pergi rumah orang, jangan menyampuk bila orang bercakap. 


Kurangkan Anak Expose Kepada Gajet

Aku lihat sendiri macam mana teknologi sekarang bagi mega impact kepada manusia, lagi-lagi budak-budak. Bila kita dari kecik dah biasa manjakan anak-anak dengan gajet, bila dah besar memang dah susah nak suruh mereka renggang dengan gajet. Macam anak buah aku, dari kecik mak ayah tak ajar limitkan waktu untuk tengok tv, bila dah besar boleh katakan 24 jam masa dengan tv. Study memang kelaut. Remote dia yang control. Kalau channel dia tak buka kemain marah.


Tak rugi tau kita bersusah-payah ajar anak-anak tentang common sense sebab in shaa Allah bila dia dah besar dia behave. Senang cakap anak akan jadi orang beradab. Siapa yang akan dapat nama? Semestinya mak ayah yang akan dapat nama. Sebab tu pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak didik anak biar sejak mereka kecil.


Sekian untuk nukilan tak seberapa ini. Harap bermanfaat =)

4 comments:

  1. yg plh susah nak control gajet tu,sekali dah expose,mesti bdk nak lagi dan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Budak sekarang pandai bentak kalau tak bagi gajet.

      Delete
  2. nice entri.. betul tu, melentur buluh biar dari rebungnya..

    ReplyDelete
  3. Totally agreed dengan semua point kat atas especially yang atas sekali tuh. Mak ayah kita bukan nursery tak bergaji tau. Kalau nak mntak tolong untuk seminggu macam tu ke boleh je. Tapi, kalau dari anak kecik sampai anak dah nak masuk sekolah bagi mak ayah jaga. Itu memang melampau sebenarnya. Huhu

    Moga kita sentiasa mengutamakan ibu bapa. Sentiasa jaga keselesaan mereka. Permudahkan dan bahagiakan mereka. In shaa Allah amiin. :')

    #noteToSelf

    ReplyDelete