Monday, 27 November 2017

Adakah Relevan Praktikal di Pertubuhan Peladang?

Assalamualaikum...

Image result for pertubuhan peladang kawasan


First and foremost, aku nak ucapkan jutaan terima kasih untuk bloggers yang ucap tahniah di atas konvokesyen aku. Alhamdulillah how fast time flies, tiga tahun berlalu dengan sangat pantas, and now I am a job seeker. FYI, aku menjalani latihan industri di Pertubuhan Peladang Kawasan ****** selama tiga bulan start dari Julai hingga September.

Adakah berbaloi praktikal di sini? Sebenarnya ada pros and cons. Better aku list down pros and cons supaya korang mudah faham.



PROS

Dapat banyak pengetahuan dan pengalaman

To be honest sepanjang aku praktikal kat sini ada beberapa hari saja yang aku tak ada kerja. Kebiasaannya memang busy. Masa aku praktikal kat sini aku terlibat kedua-dua aktiviti di dalam dan luar pejabat. Memang best sekurang-kurangnya tak ada la bosan asyik mengadap komputer. Aku banyak bantu kerani-kerani buat kerja diorang. Contohnya key in data pembelian racun dan baja dalam software, tolong cop resit dan rekod data pembelian dalam buku daftar baja. Aku ada juga tolong pegawai akaun kira hasil projek PPK. Untuk aktiviti luar pula aku terlibat dalam gotong-royong, tanam pokok bunga dan cat. 


Log book cantik

Cantik kat sini bukan dimaksudkan dengan warna-warni, tapi log book aku cantik sebab aku ada bukti banyak kerja yang aku buat. Rasa semangat nak hantar kat penyelia. Usually log book kena tulis tangan. Make sure kita tulis dengan kemas untuk dapat markah lebih. FYI aku dapat A untuk latiha industri.


Kawan praktikal ramai

Masa aku praktikal kat sini ada 10 orang pelajar praktikal dari universiti yang berbeza. Ada student diploma dan ijazah, student politeknik, uitm, umt, mrtc dan kuim. Walaupun macam tu kami bekerjasama buat kerja. 



CONS


Tiada elaun

Jujur, tiada elaun diberikan masa aku praktikal kat sini. Tapi ada ja kawan aku yang dapat elaun RM100 sebulan praktikal kat PPK. Mungkin bergantung atas ihsan bos.Ada juga kawan aku yang masih dapat PTPTN masa praktikal sebab mereka praktikal semasa semester terakhir, tapi aku praktikal selepas semester terakhir. Memang semuanya mak ayah aku tanggung.


Berebut kerja

Bila terlalu ramai pelajar praktikal, kitorang kena berebut kerja. Ada kerja yang boleh bergilir-gilir, ada yang tak boleh. Kadang-kadang ada jugak perselisihan faham antara kami, tapi tak la terlalu berat. 


Tendency untuk diserap kerja kurang

PPK ada staf lebih kurang 20 orang. Kemudian pelajar praktikal ada 10 orang. Kawasan sini sempit, jadi tak perlukan ramai staf. Lainlah kalau korang praktikal di syarikat swasta, tendency untuk korang diserap kerja tinggi. Tapi lebih tinggi sekiranya sebelum praktikal korang kena interview dulu. 


Last but not least, semuanya depend pada korang. Kalau rasa nak diserap terus better cari private organization untuk industrial training. Kalau setakat nak dapatkan pengalaman dan pengetahuan, boleh je cari gov atau badan berkanun. But for me better cari yang boleh diserap kerja sebab nanti senang tak payah menganggur. Sekarang aku still cari kerja, asyik kena reject. Sedih betul. Doakan aku cepat dapat kerja yaaaaa.

6 comments:

  1. Betul tu, masa praktikal ni lah kalau boleh kena cari organization yang betul-betul akan serap pekerja.

    I can feel u bila apply beribu tapi asyik kena reject je T___T. Best of luck & semoga tak tanam anggur lama2 untuk kita berdua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum apply tempat intern tak fikir panjang huhu. Tak pe la aturan Allah adalah yang terbaik. Kita usaha sebaik mungkin.

      Delete
  2. Faham sangat perassan bila cari kerja, asyik kena reject. Sedih sangat T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang rasa nak putus asa. Tapi sebab fikir masa depan tetap kena tabah dengan harapan ada rezeki yang lebih baik Allah akan beri.

      Delete
  3. Saya dulu (1982) praktikal kat sebuah kedai repair radio di pekan parit, perak. Tidak ada elaun, tinggal di kedai tersebut, mandi di sungai perak dan makan tak menentu sebab duit poket tak cukup.

    Namun saya seronok sebab masyarakat di situ yang ramah dan baik.

    Bila balik semula ke kuliah, kawan kawan lain sibuk cerita setiap bulan dapat makan sedap n beli seluar berjenama.

    Saya diam sebab cerita saya tidak semewah mereka.

    Namun tempat sayabpraktikal itu tetap saya kenang dan rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul encik. Pengalaman jauh lebih berharga daripada wang ringgit...

      Delete