Wednesday, 1 November 2017

Kereta Rosak Berdekatan Tol Juru

Assalamualaikum...

Dua minggu selepas tamat praktikal aku pergi ke Ipoh untuk mencari rezeki. Syukur alhamdulillah tak sampai seminggu aku lulus temuduga as a cashier di Aeon Ipoh Klebang dengan basic 1k. Aku tak memilih sangat as long as aku ada pendapatan sendiri dan dapat beli apa yang aku nak tanpa mengemis kat mak sendiri. Lepas temuduga aku decide untuk balik ke kedah sebab nak ambil kereta. Tapi lain pulak jadinya kereta dah banyak kali meragam jadi mak suruh balik cari kerja di kedah saja. Allah je tahu rasa sedih ni tapi cuba husnudzon Allah nak bagi rezeki yang lebih baik lagi.

Oleh sebab itu aku decide nak pergi ke Ipoh semula ambil barang-barang aku dengan menaiki kereta tanpa pengetahuan mak aku. Aku pergi balik hari ke sana dengan kawan aku. Syukur alhamdulillah perjalanan pergi ke sana berjalan dengan lancar tapi something bad happened masa balik dari Ipoh.

Sebelum bertolak balik, aku singgah kedai isi minyak enjin. Impaknya ekzos aku mengeluarkan asap putih yang sangat tebal. Aku memang panik sangat-sangat dan decide rehat selama satu jam di R&R Sungai Perak. Alhamdulillah asap dah tak ada dan time tu tergerak hati nak singgah R&R Gunung Semanggol. Kat sinilah perkara yang tak diingini terjadi betul-betul kat stesen minyak. Tetiba temperature naik mendadak dan aku terus berhenti kereta dan biar sejuk baru aku isi air. Masa ni tak panik sangat. Lepas satu jam aku mulakan perjalanan semula.

Sekali lagi temperature naik betul-betul sebelum Tol Juru. Kali ni agak panik sebab dah dua kali temperature naik. Masa ni memang dah agak ada problem lain. Sama jugak, kami biar sejuk dan isi air lagi walaupun air yang aku isi sebentar tadi hanya berkurang sedikit. Alhamdulillah dah melepasi tol juru tapi sekali lagi temperature naik betul-betul tengah jalan sesak dan alhamdulillah aku sempat parkir tepi jalan walaupun memang bahaya. Masa ni dah pukul 7 malam. Syukur ada seorang pak cik ni hulur bantuan untuk panggil towing. Aku iyakan saja sebab masa tu betul-betul panik. Aku call kawan aku, mekanik dari Gurun. Kawan aku call abang-abang dia yang tinggal di Penang.

Lebih kurang satu jam baru towing sampai. Aku suruh towing hingga ke Masjid Seberang Jaya sahaja sebab nanti kawan aku datang repair. Katanya mungkin kipas rosak. Aku kena bayar RM80 untuk towing tak sampai 2 minit. Kalau PLUS towing percuma saja. Tu kesilapan aku. Biasa la, tengah panik tak boleh fikir. Syukur dah sampai masjid abang-abang kawan aku dah ada sana. Tunggu mekanik dua jam baru sampai. Biasa la esok Deepavali memang jalan sesak. Pukul 1.30 pagi baru settle repair. End up pukul 3 pagi baru sampai rumah.


Pengajaran

1- Redha mak tu penting. Mungkin Allah nak tunjuk betapa pentingnya untuk seorang anak taat akan perintah mak ayah. Tak dapat restu memang something bad happened. Aku rasa sangat menyesal dan berdosa.

2- Wanita wajib tahu penjagaan kereta. Kena tahu cara nak cek air, minyak enjin, tengok temperature dan tayar. Tu kira basic la kan.

3- Simpan no PLUS tu penting. Tengok la bila jadi macam ni rasa rugi ja RM80 bayar untuk towing. Tapi tak pe la demi keselamatan berguna jugak RM80.

4- Wang. Ya, wang penting. Kalau tak ada kat tangan, dalam bank pun biar ada wang lebih. Takut jadi macam ni la.

7 comments:

  1. Perkara yg paling menakutkan ketika travel.. kete rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Apa yang saya risaukan dah terjadi. Sekurang-kurangnya saya boleh ambil iktibar.

      Delete
  2. bagus ni ada pengajaran... tq share..

    ReplyDelete
  3. Salam blogger ..singgah BW sini..

    ReplyDelete
  4. Totally agree with you yang redha mak tu sangat penting.

    ReplyDelete
  5. Aeon klebang? Depan rumah zizie tu.. Alhamdulillah tak jadi apa2 kat awak..

    ReplyDelete
  6. takut bila jadi macam ni.. di tengah2 tol pula tu

    ReplyDelete