Wednesday, 22 November 2017

Officially Graduated

Assalamualaikum...

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah UMT telah berjaya melangsungkan majlis mega iaitu Konvokesyen Ke-15 bermula 18 November hingga 20 November 2017. Lebih bersyukur kerana cuaca sepanjang hari konvokesyen sangat baik tidak seperti yang diramal oleh Jabatan Meteorologi di mana ketika itu pantai timur dijangka mengalami monsun timur laut. Konvokesyen bagi program aku iaitu Sarjana Muda Ekonomi adalah pada 19 November 2017 sesi petang.

Aku datang ke Terengganu seminggu lebih awal bagi pengambilan jubah konvo. Kemudian aku stay di rumah sewa lama aku sehingga hari konvo. Family aku pula bergerak pada 18 November 2017 dan stay di Kelantan. Awal pagi hari konvokesyen baru family bergerak ke Terengganu.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, hat and closeup

Bila dah konvo ni rasa semua penat lelah sangat berbaloi. Bagi program aku, setiap semester jam kredit mesti 20 ke atas. Memang banyak subjek yang perlu study dan banyak tugasan yang kena lakukan. Tipu la kalau tak pernah skip kelas semata-mata nak siapkan assignment. Aku tak salahkan tugasan yang banyak, tapi aku salahkan diri aku yang gagal manage masa dengan baik.

Nak pursue study ke bekerja lepas ni? I choose both. Perancangannya nak buat PJJ master. Sebab aku fikir aku masih muda dan bertenaga, why not aku buat keduanya sekali. Cuma aku kena bijak jalankan tanggungjawab aku dan uruskan masa aku dengan baik. Korang doakan aku supaya lebih berjaya pada masa hadapan ya =)

10 comments:

  1. tahniah dah konvo... all the best for next journey

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah gradd! Jenuh nak tunggu april tahun depan baru dpt merasa konvo jugak.

    Anyway, congrats yo and best wishes for all your tomorrows :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak uitm ye? Anyway thank you for the wish <3

      Delete
  3. Hi salam singgah dan follow sini :)

    Btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for following me. Nanti saya join GA awak =)

      Delete
  4. Semangat selalu dalam menjalani aktivitas sehari-hari. Semoga Allah swt. selalu memberikan kesehatan dan kelancaran. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Omg banyaknya tiap sem kena 20 credit hour. Btw congrats dah graduate!

    ReplyDelete