Friday, 1 December 2017

Review Movie : Beyond Skyline

Assalamualaikum...

Image result for beyond skyline summary


Agak lama aku tak tengok wayang. So hari ni aku decide nak tengok wayang dengan kawan aku memandangkan dia free. Di saat Pengabdi Setan trending di laman sosial, aku lebih memilih untuk menonton movie Beyond Skyline. Sebab apa? Ok lah disebabkan hari ni bukan hari rabu, aku tengok semua trailer movie yang ada pada hari ni dan aku baca komen dari rakyat negara lain. Aku amat puas hati dengan komen dari trailer movie Beyond Skyline ni. So aku pilih untuk menonton movie ni dengan harapan RM14 aku itu bernilai.

Cerita ini mengisahkan sebuah kapal angkasa yang menyedut manusia di Los Angeles. Sesiapa sahaja yang tengok cahaya biru dari angkasa lepas tu secara automatik akan disedut ke dalam angkasa lepas. Sebenarnya angkasa lepas ni menyedut manusia sebab nakkan otak bagi mengendalikan angkasa lepas tersebut. Yang bestnya filem ini turut shooting di Yogjakarta, Indonesia dan menampilkan Iko Uwais iaitu seorang olahragawan pencak silat Indonesia. 

Bagi aku cerita ni boleh tahan menarik dan aku tak teragak-agak nak bagi rating 4/5. So RM14 yang aku laburkan tu berharga dan aku recommend korang tengok movie ni.

1 comment:

  1. looks good.....

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete