Thursday, 11 January 2018

Aku Dah Tunang

Assalamualaikum...

Aku bersyukur kerana permulaan tahun baru adalah permulaan yang baik. Dengan izin Allah aku telah mengikat tali pertunangan pada 1/1/2018. Dan pada 2/1/2018 adalah hari pertama aku bekerja di sebuah farmasi di mana aku telah menghadiri temuduga tersebut sebulan lebih yang lalu. Tapi sebenarnya aku sempat kerja seminggu dan aku ambil keputusan untuk quit. Aku agak slow nak ingat term farmasi dan aku cuba untuk push, tapi sebab tak kena dengan jiwa aku terpaksa quit.

Berbalik pada majlis pertunangan, sebenarnya yang dirancangkan majlis akan berlangsung pada 25 Disember. Tetapi sebab Allah yang menentukan segalanya, pada 24 Disember tok wan yang disayangi pergi menghadap Ilahi. Bagi menghormati pemergian tok wan, majlis pertunangan terpaksa ditunda dan alhamdulillah 1 Januari 2018 tarikh yang sangat cantik aku berjaya mengikat tali pertunangan.

Majlis pertunangan diadakan secara tertutup. Tetamu yang hadir kira-kira belasan orang. Makan ala kadar sahaja setakat bihun goreng dan kuih-muih. Hantaran cuma manisan murah tapi bermakna. Tiada pelamin, tiada make up artist, tiada baju vogue. Baju kurung moden cuma dibeli pada harga RM39.90. Alat make up pula pinjam dari kawan, memang majlis pertunangan ni betul-betul jimat.


Kek tunang dari pihak lelaki




Sarung cincin atas karpet je. Tak da pelamin pun.




Outdoor pantai depan rumah. Nak jugak tayang cincin belah rotan. Time ni officially digelar darah manis hehe.




Ootd. Simple dan murah je. Veil tu yang mak aku punya. Lagi la jimat tak payah beli atau sewa.




Mak andam aka bestie aku. Ni first time dia make up orang tau. Mujur menjadi. Naik jugak seri aku hehe. 



Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar. Walaupun aku ada degree, abah aku still tolerate mengenakan mas kahwin sebanyak 1k manakala belanja kenduri 8k. Total 9k. Sekarang aku dan partner memang fokus kumpul duit untuk kenduri kahwin. Semoga Allah mempermudahkan niat mulia kami.

4 comments: