Friday, 16 March 2018

Pengalaman Kerja Sebagai Service Advisor

Assalamualaikum....



Alhamdulillah syukur sekarang aku bekerja sebagai service advisor di sebuah syarikat dealer servis Proton. Kira-kira sebulan setengah sudah aku bekerja di sini. Luckily tempat kerja sangat dekat dengan rumah aku iaitu kira-kira 25 minit sahaja. 

Position service advisor memerlukan sekurang-kurangnya SPM sahaja. So gaji basic aku untuk 3 bulan pertama RM900 dan selepas tu akan jadi RM1k. For me ok lah sebab kerja tak teruk mana pun sebenarnya cuma as a service advisor aku kena belajar banyak dalam bidang automatif. Service advisor tak kurang juga macam customer service, aku kena deal dengan customer. Ramai customer akan tanya apa punca masalah kereta mereka jadi sekian-sekian. So as a service advisor tersangatlah penting untuk belajar dalam bidang automotif.

Seronok ke bekerja as a service advisor? Bagi aku seronok sebab aku dapat banyak ilmu dan aku dapat handle bermacam ragam customer. Aku tak rasa untuk terus bekerja as a service advisor. Memandangkan aku ada kelulusan degree, aku ambik position service advisor untuk dijadikan pengalaman aku dan currently aku tengah cari job yang lebih baik sebab company yang aku kerja sekarang lemah dalam kebajikan pekerja. Gaji pekerja dipotong sesuka hati. Even kerja tak stress tapi kebajikan pekerja lemah, environment bekerja jadi tak best. SO korang doakan aku supaya cepat dapat kerja yang lebih baik k...

2 comments:

  1. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete