Thursday, 26 April 2018

Aku Menghidap Breast Cyst and Fibroid

Assalamualaikum...



Syukur alhamdulillah di atas segala kenikmatan yang dikecapi. Aku ada satu story yang buat aku rasa agak sedih tapi alhamdulillah ia tak menghalang aku untuk melakukan rutin harian. Ceritanya bermula begini, kira-kira setahun yang lepas aku rasa tak selesa sebab ada ketulan di breast kanan dan memang rasa sakit. Lama kelamaan aku dapat rasa tangan sebelah kanan selalu sengal.

Disebabkan aku masih muda dan bakal mendirikan rumahtangga, aku decide untuk pergi ke hospital and buat breast check up bulan Januari yang lepas. Dr  cek katanya tiada ketulan, tapi aku minta Dr buat appointment kat hospital besar iaitu Hospital Sultan Abdul Halim untuk buat Ultrasound. Oh ya, hospital yang aku datang buat check up ni hospital kecil, so tiada peralan untuk scan breast.

3 bulan selepas check up baru dapat tarikh appointment. Biasalah government hospital kena la sabar sikit tunggu turn. Sebelum Dr buat ultrasound, dia tanya aku ada berapa ketulan? Aku jawab satu je kat breast kanan. Lepas scan resultnya aku ada 3 ketulan fibroid saiz kurang dari 0.5 cm dengan kedudukan berbeza iaitu jam 12, 6 dan 8. Tapi yang ni benign(non-cancerious). Lepas tu Dr scan breast kiri pulak. You know what breast kiri yang aku tak pernah langsung rasa sakit rupanya ada cyst. Tapi saiznya masih kecil. Kiranya ni stage awal la dan tak teruk.

Result scan aku kena hantar kat Hospital yang first aku datang untuk check up. Katanya prefer aku dirujuk dengan pakar bedah sebab breast memang kena follow up dengan pakar bedah. So aku kena pergi HSAH untuk ambil appointment di klinik pakar bedah. Kata Dr cyst ni boleh hilang. Satu lagi advise untuk para wanita please kurangkan pengambilan ayam sebab kebanyakan ayam disuntik. Setakat ni itu je yang aku dapat share. Nanti aku update new entry untuk check up dengan pakar bedah. Thank you for reading guys =)


6 comments:

  1. Hope everything will be well for you, Mun.

    ReplyDelete
  2. Moga ianya hilang secara semulajadi....amin.

    ReplyDelete
  3. bertabah ye

    saya pun baru baru ini adik saya diuji juga bila dia diagnos dengan kegagalan buag pinggang dan kena buat dialysis

    semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. semoga diberi kesembuhan..

    ReplyDelete