Monday, 2 July 2018

Aku Dah Letak Jawatan

Assalamualaikum...

Setelah 5 bulan aku bekerja sebagai service advisor di salah sebuah syarikat dealer proton service, aku memilih untuk resign. Jujur aku cakap kerja kat situ tak teruk cuma bila fikir hal kebajikan pekerja yang tidak adil maka aku memilih untuk resign.

Aku bekerja 10 jam setengah 6 hari seminggu. Dalam satu hari cuma dapat rehat 15 minit saja. Kalau rehat lebih 15 minit kena potong elaun makan RM5. Macam mana boss tau rehat lebih masa? Setiap kali nak rehat wajib punch card. Macam tu jugak lepas rehat kena punch card balik. Kalau terlupa nak punch card pun burnt RM5. Itu belum kira kerja lebih masa. Sepatutnya 6.30 dan balik tapi if ada kereta yang datang kami tiada hak untuk menolak. Kami tetap kena terima dan bayaran over time selalu culas.

Bab gaji. Seperti yang dijanjikan masa interview after 3 bulan bekerja gaji dinaikkan menjadi 1k dan bulan keempat akan ditolak epf dan socso. Sayangnya sampai sekarang dah 5  bulan bekerja gaji tetap tak naik. MC tak diterima langsung dan satu hari tak datang gaji ditolak. Adilkah macam tu? Tu belum kira pekerja makan tepi longkang je. Nampak macam hamba abdi sangat.

Sales. You know what kadang company dapat revenue lebih dari target sebanyak belasan ribu. Sangat untung. Itu pun tak pandai untuk berterima kasih kepada pekerja. Cuma tahu suruh pekerja cari sales bagi untuk dia. Sepajang bekerja rasa dialah majikan yang cuma mementingkan wang sebalik kebajikan pekerja. Rasa bersalah tak ikut cakap mak abah dulu sebab sebelum keje situ memang ramai orang cakap situ teruk. Tapi masa tu degil sebab nak ada income sendiri. Bila dah masuk kerja baru tahu macam mana. Harap lepas ni dapat kerja yang lebih baik. Ameen.



6 comments:

  1. Semoga urusan awak dipermudahkan InsyaAllah. Memang ada sesetengah company yang mcm tu. Hal kebajikan pekerja menjadi no terakhir dalam benda yg dieorg titik beratkan. Bertabahlah. Saya pun pernah rasa mctu. huu

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/movie-review-eiffel-im-in-love-2-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan saya dapat kerja yang lebih baik =) Btw thank you singgah...

      Delete
  2. Replies
    1. Betul. Rancangnya nak resign bila dah dapat kerja lain. Tapi disebabkan majikan terlalu melampau jadi saya terus resign tanpa ada back up job.

      Delete
  3. Moga Allah permudahkan urusan Mun yang seterusnya, insya Allah :)

    ReplyDelete