Monday, 12 November 2018

9 Weeks of Pregnancy and Symptoms

Assalamualaikum...



Alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Allah sebab bagi hadiah yang tak ternilai buat aku dan suami. Kami berdua sangat berharap dapat rezeki anak awal. Allah sebaik-baik perancang. Aku mohon banyak kerja tapi aku tak dapat. Yang aku dapat rezeki kehadiran anak dalam hidup kami. Alhamdulillah.

Kami selamat diijab kabul pada 17 September 2018. Seminggu selepas nikah ada la timbang berat. Berat badan naik. Aku terkejut la sebab aku ni spesies susah naik berat badan. 2 minggu lepas tu aku cek, naik lagi. Overall 4kg naik dalam tempoh 2 bulan. Masa tu memang aku syak aku ada isi. Tapi 4 kali aku buat upt yang aku beli kat farmasi semuanya negatif.

Aku memang dari dulu jenis selalu pening kepala. Lepas kawen pun still pening-pening aku tak syak apa-apa. Then aku muntah spontaneouly. Muntah ni macam air tau. Tak de la wekkk wekkk yang sakit tu. Disusuli rasa tak sedap badan, breast rasa nyilu dan tegang kemudian demam waktu malam.

Before this lepas buang air besar mesti rasa kempis je perut. Tapi baru-baru ni rasa lain. Perut ni rasa ketat dan kembung. Bila rukuk je rasa macam sesuatu sangat kat perut tu. Aku ambil keputusan buat upt kat klinik kesihatan. Alhamdulillah syukur sangat positif. Tadi pergi cek di klinik ibu dan anak rupa-rupanya dah 9 minggu. Patut la rasa ketat lain macam. Sebab physically tengok tak de la kembung sangat. Aku bersyukur atas anugerah ni dan in shaa Allah akan aku jaga zuriat ini sebaik mungkin.

8 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga Allah permudahkan sepanjang tempoh ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Mun. Tahniah. Rezeki sangat. May Allah ease your pregnancy journey.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah..semoga dipermudahkan segalanya

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
  4. tahniah.. jaga kesihatan. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  5. GET INSTANT SUPPORT ON ANY ITBIT PRODUCT
    Do you need support from the professionals to fix your Itbit errors? Itbit errors are always time-consuming and troubling. In order to attain the best solutions, you can dial Itbit customer support number 1800-665-6722 and attain the felicitous solutions and remedies from the bunch of individuals who have years of experience and can handle all types of queries in a best way. They are always there to support you, whenever you are in trouble.
    itbit number
    itbit customer support number
    itbit customer support hours

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. tahniah dear. take care. doakan saya pulak okayy hehe

    ReplyDelete