Thursday, 8 November 2018

First Time Ikut Suami Pergi Bekerja

Assalamualaikum...

Alhamdulillah untuk pertama kalinya dapat follow husband pergi kerja sebab partner dia cuti. Husband dah bekerja tetap dengan Samurai Paint selama 6 bulan as a sprayer and sale assistant. Setiap bulan husband wajib cari kedai atau pusat pengajian untuk ajar cara spray dan dalam masa yang sama promote spray-spray dari Samurai Paint. Harga memang mahal tapi berbaloi sebab cat terang, cantik dan tak mudah tertanggal. Kalau kat kedai motor, husband spray motor ikut design yang tuan kedai. Spray kat helmet pun boleh tau.

Minggu lepas husband dah pergi ajar spray kat students PT3 di SMA Islahiah, Mahang, Kulim. Jauh nau jarak dari rumah lebih kurang 1 jam 45 minit. Husband ajar cat cover kalkulator ikut design yang student nak. Yang tu student boleh spray sendiri. Kali ni husband pergi lagi di atas jemputan cikgu KH sempena Hari Keusahawanan. So untuk satu casing cikgu kenakan kupon sebanyak RM2.00




Tulisan khat ni dicat atas cermin frame saiz A4. Yang ni cikgu yang request. Haha cantik sampai husband rasa nak ambik satu. By the way tulisan khat ni student yang buat. Husband tolong spray je.




Husband ajar cara spray sebab kali ni penglibatan semua pelajar tingkatan. Sambutan betul-betul menggalakkan sampai tak menang tangan haha.




Aku cuma tonyoh phone casing guna kertas pasir. Lepas tu aku ada la design sikit-sikit. Sorry ye wak kalau tak lawa sebab tangan akak memang tak berseni. Husband tak bagi aku spray sebab takut rosak casing orang haha.




Taraa ni student sendiri yang buat dari awal sampai habis. Dia sorang je istiqamah. Yang lain letak casing lepas tu pergi tempat lain haha.




Ni la yang aku design tapi husband aku yang spray hehe. Ada design yang simple2 tu sebab kami tak cukup tangan. Terpaksa close order pukul 12 sebab nak balik awal.




Student tengah tengok phone casing diorang. Nak kering ni pun ambik masa satu hingga 2 jam. Alhamdulillah cuaca elok so casing cepat kering.



Husband aku bekerja di Perak, Penang, Kedah dan Perlis. So if ada antara korang yang bekerja atau belajar di di keempat-empat negeri ni dan nak suami saya ajar spray, yes you can contact me at 012-5323914. Harga? Free of charge, sayang! Company yang bayarkan gaji husband. Lagi banyak job lagi masyuk gaji husband. Lagi senang husband tak payah tercari-cari tempat nak buat demo spray.

4 comments:

  1. Wahhh lawanyaaaa :) Salute.

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/11/hadiah-dari-blogger-sis-kinah.html

    ReplyDelete
  2. Pehh, lawa macamni sekali hasil dia ehh. Nad pun berkenan kalua dapat casing camni hahah. Maybe kalau promote online pun boleh jalan business camni.

    ReplyDelete