Monday, 17 June 2019

Sebelum dan Selepas Kahwin Berbeza?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masuk hari ini (17/06/2019) cukup-cukup 9 bulan aku bergelar sebagai seorang isteri. Rasa sekejap je masa berlalu dan in shaa Allah aku bakal menimang cahaya mata sulung pertengahan bulan depan. Doakan semoga segalanya dipermudahkan ye 😊

Sepanjang 9 bulan ni banyak suka duka yang kami lalui bersama. Kita selalu dengar kan even couple 10 tahun pun the real one akan kita nampak after nikah. Ya, setelah kita dah duduk sebumbung, tido sebantal dan mandi satu toilet, eh! Hahahaha.

Kadang rasa nak nangis je bila tahu perangai sebenar partner kita. Memang boleh jadi terkejut beruk sebab sebelum dan selepas kawen teruk jauh betul perangai. Parent dan adik beradik sendiri pun tertipu sebenarnya. Tapi itu lah ada sebab Allah temukan kita dengan seseorang.

Kita sebagai seorang isteri kena banyak-banyak bersabar. Nak masuk syurga bukan mudah. Banyak ujian kena tempuh. Salah satunya perangai suami kita. Itu belum masuk hal anak-anak lagi. If ada something wrong, berbincang lah. Tapi kan orang laki ni kadang egonya lagi melangit dari perempuan tau. Kadang dia je betul. Kita kena ingat, hati kita semua Allah yang pegang. Berdoalah minta Allah lembut hati mereka dan kuatkan hati kita juga😊

4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin. Apapun tahniah kerana d'kurniakan permata... 😊 semoga d'murahkan rezeki, d'permudahkan segala urusan, dan d'berikan keberkatan umur.

    ReplyDelete
  3. Congratulations, Mun. Dah bersalin kan? :)

    ReplyDelete