Saturday 14 June 2014

Couple Islamik ?? Wujud Ke??

Assalamualaikum wbt =)

Syukur alhamdulillah kerana kebelakangan ni ramai anak muda bernikah secara halal pada usia muda. Dalam usia belasan tahun dah pun bernikah. Diharapkan pernikahan itu bukan hanya untuk melempiaskan nafsu semata-mata, tetapi ingin mendapat redha Allah dan mematangkan diri dalam memikul tanggungjawab baharu.

Mesti setiap orang tahu apa itu couple kan. Macam mana pulak dengan couple islamik?? Mesti ada yang tertanya-tanya "eh wujud ke couple islamik ni? Tak pernah dengar pun". Hehe

Tak kisah la couple atau couple islamik memang HARAM hukumnya. Ada orang melindung perbuatan mereka dengan menggelarkan hubungan mereka itu couple islamik.

Macam mana couple islamik ni?? Jom kita tengok ciri-ciri 'couple islamik' yang direka mereka sendiri.


  • Tutup aurat dengan sempurna
  • Ibadah wajib seperti solat, puasa tak tinggal
  • Boleh chatting untuk lepaskan rindu
  • Boleh keluar berdua-duaan tanpa bersentuhan kulit
Tegas sungguh bunyinya. Ya!! Yang haram tetap haram!!!

Kalau kita dah terbiasa sayang-sayang, lama-kelamaan akan merosakkan hati dan iman kita. Nafsu mula menguasai diri.

Sebaiknya beginilah. No Couple Before Akad. Kita kena yakin kepada Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jodoh itu ada. Kalau tak di dunia, in shaa Allah di akhirat ada.


Last but not least, Couple tetap HARAM. Kebiasaannya orang yang bercouple ni membelakangkan mak ayah dan lebih mengutamakan pasangan yang belum halal. Dah tu macam mana nak dapat redha Allah? Kan redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa. Asyik dijamu gambar. Ok kali ni mun jamu video. Best video ni. Tengok tau ^_^ Tak tengok rugi sangat-sangat.









No comments:

Post a Comment