Wednesday 1 July 2015

Sinopsis Semester Dua

Assalamualaikum...

Salam 15 Ramadhan dan sorry lambat wish sebab fokus exam. Exam macam mana? Hee so far ok la. Tak sabar nak tunggu result. Nak tengok ada peningkatan atau tak. Apa pun next sem kena lebih rajin dan setiap kerja yang dilakukan mesti efficient memandangkan sem depan credit hours lebih banyak.

Jalan-jalan
Bagi aku sem dua ni aku banyak jalan-jalan. Banyak jugak tempat kat kuala terengganu aku dah pi. Contohnya masjid terapung, masjid kristal, kg cina, pasar payang, bukit besar, taman panorama, dataran shahbandar, sekayu waterfall, pantai batu burok dan teluk ketapang. Aku dapat jalan merata pun sebab aku rapat dengan kawan orang terengganu. Dia bawa aku jalan-jalan. Banyak juga jalan kat KT aku dah hafal. Nampak sangat selalu keluar. Haha

Pembelajaran

Dari segi pembelajaran, sem ni memang tough dari sem lepas sebab terlalu banyak assignment dan presentation. Alhamdulillah everything well done. Group members pun cooperate so keja jadi senang. Cuma satu ja. Assignment jangan buat last minute. Bila buat last minute kita buat ala kadar ja. So carry mark pun ala kadar ja. 

Kewangan

Sem dua memang pakai duit banyak. First, dinner untuk course. Entah berapa kali keluar cari kasut. Sewa kereta, minyak dah telan banyak duit.

Kedua, printer aku rosak. So aku print lecture notes kat cc. Kalau cc yang murah full, aku print kat cc yang mahal. Aku jenis tak suka sesak-sesak dan menunggu. Kalau cc yang murah print sehelai 4 sen je harga. Yang mahal sehelai rm30 sen. Beza banyak sangat. In shaa Allah next sem nak repair printer dan senang sikit nak print assignment.

Ketiga, topup. Bila yes aku buat hal, aku kena topup dan purchase internet. Aku ambik yang 2gb percuma 2gb. RM48 kalau tak silap. Bila aku nak buat assignment, aku buat hotspot kat lappy. Aduii cepat pulak dia telan kuota. Tup-tup dah 80% aku guna tak sampai 24 jam. Pas tu kena topup lagi. Sedih.

Keempat, makan banyak. Aku ni badan kurus tapi makan banyak. Dan aku hanya suka makan nasi bila ada lauk campur. Dan aku tak suka nasi goreng. So aku suka la beli makanan ringan banyak-banyak. Kadar metabolisma aku tinggi. Baru sejam makan nasi perut aku berbunyi lagi. So aku kena makan. Mak aku pesan jangan sayang duit untuk makan. Mak mana sanggup tengok anak dia ikat perut tahan lapar.

Makanan

Aku dengan makanan pantai timur sampai sekarang aku tak boleh ngam lagi. Macam sup aku langsung tak boleh telan. Mungkin ada ingredient tambahan dalam sup tu yang membuatkan aku tak lalu. Tapi aku boleh telan budu dan keropok lekor. Setiap kali balik kg mesti beli budu.

Persahabatan

Part ni aku tak nak tekankan sangat. Senang cakap ada suka ada duka. Baiknya perangai seseorang kita contohi, buruknya perangai mereka kita jadikan pengajaran.

Aku rasa cukup setakat ni ja. Semoga sem depan lebih indah daripada tahun ni. Banyak mana pun cabaran yang datang moga aku dapat jalaninya dengan tabah bijak dalam ambil keputusan. Gambar? Sorry lah no picture for this entry sebab line malu-malu. In shaa Allah sempena two months semester break ni aku cuba rajinkan diri update entry. Assalamualaikum guys =)


No comments:

Post a Comment