Monday 3 August 2015

Kenapa Aku Sambung Belajar?

Assalamualaikum...

Kisah zaman dulu, kalau ada orang yang dapat masuk uni, celebrationnya macam kenduri kahwin. Tapi zaman sekarang dah tak rasa macam tu sebab terlalu ramai yang boleh masuk uni, tak kisah uni awam atau swasta.

Ada seorang mak cik ni cakap kat aku, "buat apa la belajaq tinggi-tinggi, belum tentu dapat keja. Nak bayar PTPTN lagi". Ok lah aku hormat pandangan orang tapi tak payah cakap macam nak merendahkan aku. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku sambung belajar dan tak sit exam untuk kali ke-2 yang nurse punya.

Minat Subjek Ekonomi

Dari aku form 1 sampai form 5, aku tak pernah ambik subjek ekonomi. Disebabkan result aku yang tak seberapa aku cuma dapat masuk STPM dan kelas yang aku layak ialah ekonomi. Aku suka, mak aku suka. Bagi aku subjek ekonomi sangat menarik sebab aku mudah faham dan senang buat mind map. Tapi bila masuk uni, silibus dalam English, so agak sukar nak faham.

Ikut Kehendak Mak



Setakat ni tak ada seorang pun anak mak yang buat degree kecuali aku. Abang aku pula baru buat PJJ untuk degree ni tahun lepas kalau tak silap. In shaa Allah next year is his final year. To be honest, mak aku tak suka aku kerja dan suruh aku habiskan degree aku. 

Mak nak aku jadi seorang professor. Sungguh tinggi impian mak. Aku yang belum habis degree ni pun rasa letih belajar. Apatah lagi nak sampai ke tahap professor. Tapi nothing impossible. In shaa Allah munirah usahakan. Mak dah banyak berkorban untuk kita, apa kata kita korbankan diri kita untuk penuhi keinginan mak?

Yakin dengan Rezeki



Pasti ramai yang tahu tiga ramuan utama resepi kejayaan iaitu usaha, doa dan tawakal. Aku tak tahu masa depan aku bagaimana. Tapi aku yakin rezeki Allah sangat luas. Zaman sekarang ramai sangat dah maju. Sekarang bukan zaman berlengah, tetapi zaman sama-sama bangkit dan bersaing. Apa pun bersyukurlah atas setiap nikmat yang kita kecapi.

Jihad



Sesiapa yang meninggal dunia ketika menuntut ilmu dikira mati syahid. Allah akan mengangkat darjat mereka yang menuntut ilmu di akhirat kelak. Sebaiknya menuntut ilmu biar berguru.

Belajar kat uni best sebab kita boleh ambik subjek yang budak course lain belajar. Macam aku budak ekonomi ambik subjek psikologi, sains sosial, wetland, sustainable development dan macam-macam lagi. Dapat tau basic subjek budak course lain kira ok la kan.

Life di Universiti Unik



Betul. Kat uni banyak group assignment, presentation, program dan macam-macam lagi. Ramai orang masa sekolah pasif, tapi bila ke universiti jadi aktif. Kat sini boleh bina soft skill dan macam-macam lagi. Sebab tu aku cakap life kat universiti ni unik.

Aku rasa cukup la aku bagi beberapa reason kenapa aku sambung belajar. Aku happy dengan hidup aku sekarang meski sometimes study macam separuh gila, tapi yang separuh gila ni lah nampak manis bila naik stage untuk konvo tau.Aku tak kisah apa mak cik-mak cik nak cakap sebab aku ada matlamat aku sendiri. Finally, life must go on.

No comments:

Post a Comment