Tuesday 8 September 2015

Ikut Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk

Assalamualaikum...


Kita cuma manusia biasa. Apa yang ada di dunia sekarang hanya sekadar pinjaman sahaja. Maka untuk apa kita perlu berjalan melangut ke langit sedangkan kita hanya dicipta daripada tanah???

Aku sangat suka pada orang yang humble. Dia ada banyak ilmu, banyak harta, tapi jalannya masih tunduk. Sesekali tidak bongkak dengan apa yang dia ada. Gaya bicaranya sederhana tetapi berhikmah. Sesiapa sahaja boleh mendekatinya. Sifat mahmudah ini sangat aku sukai. Kita kalau ada sifat sombong walau sebesar biji sawi tak akan masuk syurga tauu.

Masa masih belum terlambat. Cuba kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Allah suka, orang lain pun suka. Serius aku cakap, bila kita merendah diri, kita akan rasa tenang sebab mencari perhatian manusia bukan matlamat kita. Cuba practice dan aku yakin kita boleh =)

4 comments:

  1. Betul tu. Tak perlu tunjuk pandai, adakala ada yg lebih pandai hanya memerhati perilaku kita. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. work hard and stay humble ---sy pinjam quote blogger femes mesia,Fatin Liyana ..hahhahahaa.....nice entry ever !

    ReplyDelete