Monday 19 October 2015

Mak Sakit dan Aku Mesti Berdikari

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas aku cuba kol mak aku. Dalam dua hari aku kol, mak aku tak jawab. Aku rasa biasa sebab pada anggapan aku mak sibuk atau tiada kredit. Hari ketiga aku call mak aku cakap dah dua hari masuk wad sebab demam. Sedih rasa sebab mak aku ni badan besar. Biasanya kalau demam memang tak boleh berjalan dan perut asyik memulas. Memang teruk jugak la keadaan mak.

Mujur ada adik yang masih bersekolah. Dia yang jaga mak kat wad. Oleh kerana peperiksaan penggal 1 stpm semakin hampir, kakak aku dari manjung balik kedah untuk ambil alih tugas. Anak-anak kakak suami dia yang jaga. Aku bersyukur kerana walaupun mak sakit masih ada anak-anak yang sudi menjaga. Ikutkan hati aku sendiri memang nak balik kedah. Tapi mak tak bagi sebab cuti mid sem lagi dua minggu. Lagi pun aku hanya dapat ptptn sebanyak RM1800 untuk satu sem. Ditambah pula aku duduk kat rumah sewa, cepat saja duit mengalir.

Malam ini malam keempat emak aku ditahan di wad. Kalau dalam masa 48 jam ni tekanan darah mak stabil, esok petang mak boleh discharge. Abah dah larang mak menerima tempahan kuih bangkit dan kurangkan berpersatuan. Sekarang umur mak sudah 56 tahun. Mak pernah cakap, selagi anak-anak dia tak habis belajar, mak akan terus buat kuih demi menyara anak-anak sebab pencen abah aku tak banyak. Sekarang punca pendapatan keluarga kami hilang. Aku rasa sekarang ni masa itu duit. Walaupun aku cuti mid sem aku perlu bekerja walaupun aku tahu selepas mid sem aku perlu menghadap banyak test. Sekarang bukan masa untuk bermewah. Sekarang masa untuk aku berdiri dan menyara keluargaku walaupun abang-abang sudah bekerja. Tanggungjawab sebagai anak amat aku terasa. Walaupun ekonomi negara pincang, aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Semoga aku dapat menjalani hidup ini dengan tabah.

2 comments: