Monday 12 October 2015

Sambungan Cerita Skynet

Assalamualaikum...

Ingat tak entry aku yang lepas pasal skynet? Haha geram kan. Hari yang abah aku pegi ofis tu, that chinese cakap nak pos malam tu jugak. Aku dah gembira time tu. Boleh dikatakan setiap hari aku cek airway bill. Alhamdulillah pos hari isnin dan sampai hari sabtu. Tapi kan kerani skynet kat kuala terengganu ada pesan, aku boleh ambil motor bila diorang kol je.

Hari ahad skynet cuti. Buka pulak hari isnin. Aku tunggu panggilan dari pihak skynet tapi tak ada pun. Aku pulak yang kol ofis skynet sini berkali-kali tapi langsung tak diangkat. Time tu dah rasa fed up dan nak marah pun ada. Sebab? Masa first time aku nak pi tuntut motor tapi tak ada tu, aku dengar berkali-kali panggilan masuk tapi kerani tak angkat. Sebaliknya terus berbual. Memang tiada tanggungjawab. So aku decide nak pergi ambik sendiri hari rabu pagi. Kemain rushing aku. Yela sebab aku ada kuliah pukul 11 pagi. Rasa gembira sangat dapat tengok motor walaupun raga motor sedikit kemek. Time tu aku dah tak rasa nak marah orang. Happy motor ada depan mata.

Alhamdulillah sejak ada motor ni tak perlu letih-letih jalan kaki dari rumah sewa ke kuliah. Kemudian aku senang sikit keluar cari barang dan join program mana-mana kelab. Kiranya aku dah independent dan tak perlu bergantung kepada orang untuk pergi sana sini. Memang bersyukur sangat-sangat.



Alhamdulillah bukan aku saja yang senang bila ada motor, malah roomate aku. Pasal duit minyak bergilir-gilir bayar. RM5 cukup untuk seminggu kalau tak melencong ke tempat lain (jalan-jalan). Aku berharap sangat bila ada motor ni aku lebih rajin ke kelas, buat kerja dengan cepat dan join banyak program. Last but not least, tenkiu korang yang komen kat previous entry. Ada yang suruh sabar dan ada yang cerita pengalaman guna perkhidmatan syarikat kurier. Anything boleh buat  aduan kat pihak syarikat supaya diorang boleh improve service. So, assalamualaikum...

1 comment: