Tuesday 17 November 2015

17 November : Happy Birthday Emak

Assalamualaikum...

Kesibukan dunia kadang kala menyebabkan kita terlupa akan kewajipan kita. Kemarin dan hari ini aku ada test yang meliputi empat subjek. Soalan bagi semua subjek berbentu esei. So I has to push myself revising previous lecture. Sungguh tidur tak cukup dan dirasakan otak sangat penat.

Dalam kekalutan itu, aku langsung tidak sedar bahawa hari ini hari istimewa bagi seseorang. Sumpah aku lupa tarikh 17 November merupakan hari kelahiran ibuku. Aku sedar pun sebab tetiba dapat notification dari facebook. Rasa bersalah sangat sebab awal pagi mak mesej tanya hari ini ada test ke tak. Mesti mak mengharapkan anaknya wish kan.

Dah nama pun mak, mesti la sanggup bersusah-payah demi anak kan. Mak aku seorang yang mementingkan pendidikan anak-anak. Masa aku sekolah rendah mak aku sanggup kayuh basikal dari rumah hantar aku ke sekolah dengan hanya kayuh basikal supaya aku boleh bijak. Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam upsr dan melayakkan aku masuk sekolah agama.

Kemudian, dari kecik sampai sekarang mak aku tak lupa untuk bacakan yasin waktu aku test mahupun kuiz. Begitulah pengorbanan mak demi ingin melihat kejayaan anaknya. Mak pernah cakap teringin nak tengok aku menjadi seorang professor. Huih tinggi sangat tu! Gayut sayeee!!! Hahaha. Dak aih cuba fikir positif. In shaa Allah boleh.

Sehingga sekarang juga mak aku tak putus-putus berpesan baca doa yang bermula dengan "bismillahi tawakkaltu 'alallah" sebelum keluar rumah. Sebelum nak jawab exam mak suruh minum air yasin dan zam-zam. Tak lupa juga pelbagai doa dipaksanya aku baca. Sampai macam tu sekali pengorbanan mak untuk tengok anaknya berjaya.

Jenuh nak list jasa mak. Memang tak terkira la. Aku berharap bila aku berjaya kelak aku tidak lupa orang yang sentiasa menyokongku dari pelbagai sisi. Last but not least, alhamdulillah mak semakin cergas tapi belum boleh berjalan. Practice makes perfect, mak. I'm praying for your better health. Allah dengar doa munirah. In shaa Allah Dia akan makbulkan. Ameen.


3 comments:

  1. Happy birthday untuk mak Munirah :)

    ReplyDelete
  2. saya tak reti bab sambut hari jadi. tapi ziarah mak itu sesuatu yang mesti...

    ReplyDelete
  3. Happy (belated) birthday to ur mom heheh (:

    ReplyDelete