Thursday 17 December 2015

Puas Hati Dengan Malindo!

Assalamualaikum...



Aku telah menaiki aircraft tiga syarikat penerbangan di Malaysia iaitu Malindo, AirAsia dan Firefly. Ya, setiap syarikat pasti ada kekurangan dan kelebihan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Tapi, aku dah terasa jatuh cinta dengan Malindo. 

Pertama kali jatuh cinta dengan Malindo adalah semasa online booking. Page MalindoAir sangat mesra pengguna dan proses online booking hanya mengambil masa kurang daripada 8 minit. Sebab apa? Malindo Air menerima payment dari debit card, bukan seperti MAS yang hanya menerima payment daripada credit card.

Kemudian, aku suka dengan Malindo sebab ia jarang ada masalah teknikal yang membuatkan penerbangan terpaksa delay. Semalam ada satu penerbangan ke kota bharu oleh pihak firefly terpaksa delay selama tiga jam sebab ada masalah teknikal. Tahun lepas masa aku menjadi passenger firefly dari subang ke penang pun ada masalah teknikal. Aircond rosak membuatkan kami terpaksa menanggung kepanasan hampir satu jam untuk tiba di penang airport. 

Seterusnya keadaan dalam pesawat malindo turut memberi kepuasan hati. Layanan stewardess pun ok. Masa aku naik firefly, aku tengok sesiapa yang tidur tidak diberi sneak pun. Dan aku turut menjadi mangsanya hahaha. Berbeza dengan Malindo, penumpang sebelah aku yang khusyuk tidur pun turut diberi sneak. Syabas Malindo! Sebelum aku tutup entry ni, moh aku belanja beberapa gambar yang aku rembat dari goole.

Aircraft jenis ATR untuk penerbangan domestik




Keadaan dalam pesawat




Stewardess punya attire pun cantik




2 comments:

  1. Tak pernah lagi ada pengalaman naik penerbangan domestik dengan syarika-syarikat penerbangan ni. Teringin juga nak cuba kalau ada rezeki satu hari nanti.

    ReplyDelete