Wednesday 27 January 2016

9 Sebab Kita Perlu Travel Berkeseorangan Sekurang-kurangnya Sekali Seumur Hidup

Assalamualaikum...



Sememangnya solo travel ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Jika dikira dari segi utiliti, sememangnya solo travel lebih berbaloi berbanding travel ikut travel agency. Kemudian, solo travel sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai bajet yang rendah. Justeru, berikut 7 sebab kita perlu travel seorang diri walaupun hanya sekali dalam seumur hidup.

1- Sara Diri

Apabila kita travel seorang diri, kita akan belajar supaya menjadi lebih berdikari. Pada ketika ini, kita perlu lebih bijak dalam membuat keputusan sama ada dari segi kewangan, keselesaan dan keselamatan. 

2- Berjumpa lebih ramai orang

Setiap negara mempunyai keunikannya yang tersendiri sama ada dari segi makanan, budaya dan agama. Justeru kita dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Melalui kaedah pemerhatian, kita dapat memperoleh sedikit maklumat tentang rakyat sesebuah negara yang kita lawati.

3- Dapat meningkatkan kemahiran komunikasi

Malu bertanya sesat jalan. Pepatah ini amat benar dan kita tidak boleh malu bertanya apabila kita solo travel tambahan pula itu adalah pertama kali kita ke negara tersebut. Kemahiran komunikasi akan berkesan sekiranya apa yang kita cuba sampaikan mudah difaham oleh orang luar. Bonusnya, kita sendiri mendapat jawapan yang tepat sekali gus menyebabkan travel kita dapat berjalan dengan lancar.

4- Berada dalam zon tidak selesa

Majoriti orang yang suka solo travel tidak begitu mementingkan keselesaan tetapi cukuplah sekadar dapat memenuhi keperluan. Contoh yang paling mudah untuk menggambarkan keadaan ini ialah dari segi penginapan. Bagi solo traveller, mendiami hotel bajet sudah mencukupi untuk melepaskan kepenatan walaupun servis yang diberi tidak seperti hotel tiga bintang dan ke atas. 

5- Kebebasan

Seperti yang saya katakan pada perenggan pengenalan, kebebasan yang diperoleh solo traveller adalah lebih besar daripada menggunakan travel agency. Hal ini demikian kerana travel agency kebiasaannya memeberi limit masa untuk kita berkunjung ke sesuatu tempat. Semestinya kita rasa tidak bebas dan tidak puas. Oleh itu, travel secara solo dapat memaksimakan lagi kebebasan dan kepuasan.

6- Dapat utamakan diri sendiri

Travel dengan orang lain memerlukan tolak ansur dan menghormati keputusan orang lain. Namun, kejengkelan seseorang membuatkan mood kita sedikit terganggu Oleh sebab itu, travel secara solo dapat memberi faedah kepada diri sendiri. Kita hanya perlu memenuhi kehendak kita sendiri. Sekurang-kurangnya ia membantu mood travel berjalan dengan lancar.

7- Dapat mengenal diri sendiri

Kita dapat mengenal diri sendiri apabila kita travel secara solo. Ketika ini, tiada siapa yang mengawal dan mempengaruhi kita. Semuanya terletak pada bagaimana kita membuat keputusan. Adakah kita seorang yang cermat apabila tiada orang menasihati? Adakah kita cukup berdikari di sana? Adakah kita dapat bergaul dengan orang asing tanpa rasa awkward? Maka, solo travel juga merupakan salah satu platform untuk kita mengenal diri kita sendiri.

Akhir sekali, setiap apa yang dilakukan biarlah niat kerana Allah dan semestinya keizinan dari ibu bapa itu penting. Lakukan research sebelum pergi travel dan sediakan wang yang lebih mencukupi

No comments:

Post a Comment