Wednesday, 13 April 2016

Cara Memerangkap Tikus Dengan Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum...

Pernah dengar penyakit laptospirosis atau kencing tikus? Pernah dengar orang meninggal dunia disebabkan kencing tikus? Ya, statistik di negara kita menunjukkan peningkatan kematian akibat kencing tikus, tak kurang juga dengan denggi. 

Entah kenapa tetiba seminggu sebelum mid sem ada banyak tikus dalam bilik. Mula-mula ingatkan dua ekor je sebab nampak anak dan mak. Rupa-rupanya lebih daripada tu. Runsing jugak sebenarnya macam mana nak tangkap tikus ni dengan cepat dan mudah.


Kita mesti sinonim dengan sangkar perangkap tikus ni kan. Dengan syarat kena letak kepala ikan sebagai umpan. Entah la, rasa macam renyahhh jaa. Tup tup roomate pulak baru teringat yang tikus dapat diperangkap dengan menggunakan papan perangkap tikus. Macam mana rupanya???


Taraaa comel kan? Hahaha. Papan pelekat tikus ni korang boleh beli kat kedai runcit dengan harga RM2.90 bagi satu papan. Aku beli tiga untuk standby kot kot ada banyak tikus. Macam mana ia berfungsi? Hangpa pernah tengok pelekat lalat tak? Haa papan pelekat tikus ni berfungsi macam tu la.

Aku sangat recommend korang beli papan pelekat tikus ni sebab penggunaanya sangat mudah dan tikus pun cepat je terperangkap. Aku letak tak sampai sepuluh minit dah dapat tangkap seekor anak tikus. Sebelum tidur aku letak lagi kat laluan hot cik ti. Bangun pagi esoknya memang dapat tangkap seekor lagi anak tikus. Tak sampai 24 jam dah dapat dua ekor anak tikus. 

Before balik mid sem break pun aku letak siap-siap kat laluan hot. Bila mai balik cuti dapat tangkap dua ekor anak tikus. Time tu anak tikus dah mati kejung, habis dihurung semut. Tapi sampai la ada lagi anak tikus. Ni pun baru ja balik dari kedai runcit beli papan pelekat tikus ni haa. Mau tak geram, habis diberaknya atas tudung-tudung dalam laci, bungkusan apollo pandan digigitnya, diberaknya dan dikencingnya dalam laci aku. Makin melampau-lampau. Sampai sekarang aku tak tau jumlah anak tikus dalam bilik aku. Scary weh scary! Semalam pulak boleh dia main kat kaki aku waktu aku hampir terlelap. 

Pesanan aku, jangan kedekut untuk keluarkan wang ringgit bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjaga. Pastikan juga makanan tidak terdedah dan rumah dalam keadaan bersih (cik ti suka tempat kotor). Adakah bilik aku kotor??? Oh tidak!!!! Bilik aku tak kotor tapi banyak barang. Besides persekitaran rumah semak samun dan dekat dengan pantai. Sebaiknya-baiknya mencegah dari awal =)

13 comments:

  1. Perghhhh tahap main kat kaki tu yg scaryyyyy :'O

    ReplyDelete
  2. Perghhhh tahap main kat kaki tu yg scaryyyyy :'O

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang terkejut giler. Mujur anak tikus, kalau mak tikus mau meroyan malam tu. haha

      Delete
    2. haah memang terkejut giler. Mujur anak tikus, kalau mak tikus mau meroyan malam tu. haha

      Delete
  3. baru tau ada papan perangkap tikus tu. berguna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lepas ni boleh lah guna. disadvantage boleh diguna hanya sekali saja

      Delete
  4. owh tataw pulak ada jual pelekat tikus. kat kampung saye mmg byk cik siti2 ni. ingat nak carilah dekat kedai runcit jugak. hehe. btw nice info :)

    ReplyDelete
  5. nak tangkap tu mudah. nak bunuh dia tu la.... erksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangkap ja yang mampu, nak bunuh tak sampai hati.

      Delete
  6. Rumah cikla pun sblm ni mmg byk jugak haiwan ni. Tp jenis cencurut. Mmg gigihlah tiap tiap mls pasang jerat. Tp skng alhamdullillah dh xde dh.. Hehe

    ReplyDelete