Sunday 8 May 2016

2nd International Collocium on Economics Between UMT and Universitas Trisakti

Assalamualaikum...





Semalam tanggal 8 Mei berlangsungnya 2nd International Collocium on Economics between UMT and Universitas Trisakti. Untuk 1st Collocium pada tahun 2016 telah diadakan di Universitas Trisakti, Jakarta pada bulan Mac yang lalu dan seramai 12 orang pelajar UMT telah ke sana bagi membentangkan kertas kerja. Untuk 2nd Collocium pula, seramai 37 orang pelajar ekonomi Universitas Trisakti telah datang ke UMT.

Aku bukanlah seorang peserta tetapi hanya sekadar penonton. Alhamdulillah I've learned so many things from both side of presenters. Secara tulus dan ikhlas, slide atau powerpoint pelajar universitas trisakti lebih menarik sebab powerpoint mereka tidak terlalu padat, font yang digunakan jelas, menarik dan terdapat video dan gambar untuk attract juri dan audience. Besides, mereka mempunyai confidence level yang tinggi even kekadang dari raut wajah mereka tidak begitu faham apa yang 'orang sini' cakap. 

Pelajar UMT tidak kurang hebatnya sebab pembentangan mereka lebih kepada kajian sendiri dan berkaitan dengan analisis data dengan menggunakan stata13 contohnya berbanding pelajar universitas trisakti di mana kebanyakannya menggunakan data statistik yang dikeluarkan dari sesuatu pihak dan mereka sendiri tidak menganalisis data. 


2 comments:

  1. sy ramai kwn belajar kt indon tp ni 1st time dgr Trisakti Universiti Indonesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Universiti Trisakti ni universiti swasta di Jakarta. Lecturer saya cakap universiti ni lebih kurang macam lim kok wing dan most of students terdiri daripada anak orang senang =)

      Delete