Saturday 11 June 2016

Cosmoderm Vitamin E Cream Dapat Rawat Sun Burn

Assalamualaikum...

Seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni, aku ada pergi survival laut di Pulau Bidong selama dua hari satu malam. Student sama sekali tidak dibenarkan untuk memakai sunblock dan lotion sebab ia dapat merosakkan pertumbuhan coral. So waktu kat sana memang naked face la, langsung tak calit bedak atau sunblock.

Hasil daripada program tu, muka aku memang oily dan merah teruk sebab terlalu expose kepada sunlight. Yela kitorang buat aktiviti air dari pagi sampai petang. Bila tengok gambar peserta program, aku tengok kulit aku yang paling teruk dan kelam!!!! Ramai jugak ah yang tegur muka aku. Time tu memang rasa malu plus confidence level untuk berhadapan dengan orang ramai rendah.

Malam tu jugak aku ajak kawan aku pergi farmasi. Mula-mula nak pergi watson tapi ada satu farmasi dekat dengan Mydin Gong Badak ni banyak choice skin care compare dengan Watsons. Memandangkan dari dulu aku pernah guna Cosmoderm Face Scrub, so aku decide nak guna produk Cosmoderm jugak untuk rawat sun burn. Akhirnya, Cosmoderm Vitamin E Cream with 3000 I.U. with rosehip oil menjadi pilihan hati. Tak silap aku harga dalam RM29. 3000 I.U ni kandungannya agak tinggi dan cepat berkesan.

Berat sebanyak 50 gram dan in shaa Allah kita boleh guna dalam tiga hingga empat bulan



See, Cosmoderm Vitamin E Cream ni dapat membantu merawat masalah sun burn. Pekerja farmasi tu cakap, semakin tinggi kandungan I.U adalah semakin baik sebab tindak balasnya lebih cepat.


Bagi testimoni aku sendiri, hanya dalam masa seminggu aku nampak perubahan kulit muka. Dengan syarat kena istiqamah. Setiap kali lepas mandi aku akan apply cream ni. Teksturnya sangat lembut dan muka terasa lembap. Besides, sebelum apply foundation aku akan apply cream ni dulu. Nampak jugak la muka macam shining. Tapi jangan apply banyak sangat cream ni waktu siang sebab nanti kulit muka lagi nampak oily. Sekarang dah tiga minggu aku consume dan alhamdulillah feedback sangat memuaskan hati sebab krim ni tak mengelupaskan kulit pun, so ia selamat untuk digunakan. Those yang buntu cari produk untuk rawat sunburn, aku highly recommend korang guna Cosmoder Vitamin E Cream ni =)

No comments:

Post a Comment