Thursday 16 June 2016

Iftar Perdana di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT

Assalamualaikum...

Semalam (16/06/2016) telah berlansungnya iftar perdana di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT dan sesi ramah mesra dengan Vice Chancellor UMT sendiri. Peruntukan iftar semalam adalah untuk 3000 orang dengan menu utama nasi beriyani. Sangat ramai student yang datang untuk tidak melepaskan peluang semalam.


VC UMT tolong cedokkan nasi untuk student




Cuba tengok kat belakang sana, ramainya orang dah macam raya. Hahaha


Nak diceritakan sedikit, walaupun ranking UMT tidaklah setinggi mana berbanding universiti awam lain, tapi UMT sangat istimewa bagi aku. Kelab kerohanian di sini sangat aktif. Masa bulan puasa, setiap hari pasti pusat islam UMT menyediakan iftar untuk golongan asnaf. Student yang duit poket dah makin surut boleh jimatkan wang dengan cara iftar di pusat islam. Ya Allah beruntungnya aku berada di bumi tarbiyah ini. Besides, ramai sangat orang berhijrah di sini to be a better person. UMT tetap dalam ingatan aku dan aku tak akan pernah malu untuk mengaku aku belajar di UMT. Sem depan aku dah final year, ya Allah how fast time flies.



Suasana iftar pada hari-hari biasa di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT




Muslimin yang hadir untuk iftar 




VC pun turun berbuka puasa sekali pada hari-hari biasa. Siap tolong suapkan lagi ^_^

1 comment: