Monday 11 July 2016

Primary School's Reunion

Assalamualaikum...

Aku mendapat pendidikan awal di rumah, mak aku la yang mengajar aku mengenal angka, abjad dan tulisan jawi. Kemudian pada umur aku lima tahun aku mendapat pendidikan di PASTI kampung aku. Masa aku umur 6 tahun, mak aku hantar ke pra sekolah SK Haji Nyak Gam di mana sekolah ni betul-betul depan kampung aku. Masa aku darjah satu family pindah ke kawasan taman perumahan yang jaraknya lebih kurang 3 minit dari rumah lama. Aku tetap belajar di sekolah yang sama dari umur aku 6 tahun hingga 12 tahun.

Pelbagai suka dan duka aku kecapi masa kat sekolah ni. Masa aku pra sekolah aku kena marah dengan cikgu sebab tak pandai lukis baju. Memang aku menangis dan aku nak mak aku mai juga ke sekolah. Bila mak dah mai automatik reti lukis baju. Biasa la kan manja hahahaha.

Masa aku darjah tiga pulak ada benda memalukan yang terjadi kat aku dan aku tetap ingat sampai bila-bila hahahaha. Aku ni pesyen suka tahan kencing dan sangat la pemalaih nak pi tandas sebab masa kecik-kecik entah siapa yang ajar aku orang yangb selalu pi tandas ni kawan iblis. Alasan tu lah yang menyebabkan aku tahan kecing sehinggakan aku kencing dalam kain kat dalam library. Habis lencun kain sekolah aku hahahaha. Bau hancing tu tak payah dok kata la hahahahaha........

Dengan adanya reunion ni memang segala memori terimbau kembali hahahha. Dah banyak aku berceloteh , sekarang aku nak bagi korang layan gambar pulak. Alaa gambar biasa-biasa jaa hehehhe.


 Auni (UKM Bangi), Najihah (UniMAP), aku dan Zawani (UKM KL)
















1 comment:

  1. Wah seronoknya ada reunion sekolah rendah. Selalunya lagi lama tak berjumpa lagi bermakna reunion tu :D

    ReplyDelete