Thursday 13 October 2016

Picnic Di Belakang Rumah Sewa




Semenjak aku study kat terengganu ni, mak aku tak pernah pun datang jenguk aku. Kali pertama mak aku datang ganu pun masa hari pendaftaran. Yela nak datang dari kedah ke terengganu ni perlukan wang. Duit minyak, servis kereta, tempat tinggal dan makan semua memerlukan wang. Terkadang rasa jugak sedih tengok kawan-kawan aku parents diorang semua pernah datang jenguk tapi aku?

Beberapa hari yang lepas roomate aku sakit. Disyaki sakit batu karang. Disebabkan dia sakit, parents dia tak benarkan dia drive balik ke rumah dia kat Pasir Puteh. Ianya mengambil masa lebih kurang dua jam. Tak sangka pulak bila parents roomate aku datang ambik diorang bawa makanan sekali. Berhempas pulas emaknye ajak kitorang picnic walaupun most of us dah makan manakala aku pulak sakit perut time tu.

Dah orang bersungguh tak kan kita nak menghampakan? So kitorang bersetuju nak picnic dan kitorang pilih pantai belakang rumah. Pantai kat belakang rumah cantik juga. Petang-petang ramai je anak muda main bola tampar pantai kat sini. Tak kurang juga dengan sesi fotografi. Nice kan.Untuk ummi (mak roomate aku), terima kasih layan kitorang macam anak sendiri. Rasa terharu sangat-sangat.

8 comments:

  1. Replies
    1. Ciptaan Allah mana yang tak cantik kan? hehehe

      Delete
  2. wahhh cantiknya pemandangan!! kat mna tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pantai Mengabang Telipot. Dekat je dengan UMT

      Delete
  3. Replies
    1. Bila stress study tak payah gi jauh-jauh, belakang rumah dah cukup tenang.

      Delete
  4. Cantiknya....hari2 picnic pun boleh ni :)

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa belakang rumah cantek macamni.. :')

    ReplyDelete