Thursday 2 February 2017

Review Movie : Kung Fu Yoga

Assalamualaikum...




Bersempena CNY, aku dan rakan-rakan memilih untuk menonton wayang movie Kung Fu Yoga lakonan selebriti dari negara China dan India. Kitorang sengaja pilih hari Rabu sebab tiket murah. Sebenarnya aku tak pernah tengok trailer Kung Fu Yoga. Aku just follow movie yang kawan aku pilih. Alhamdulillah setakat ni semua movie yang kawan aku pilih sememangnya wajar untuk dapat rating sebanyak 5 stars. Pandai kome pilih ye.

Korang tengok tajuk ni pun mesti korang dah boleh expect yang citer ni mengisahkan tentang dua buah negara iaitu China dan India. Jackie Chan yang memegang watak utama sebagai pakar arkeologi, Prof Jack bekerjasama dengan Dr. Ashmita (Amyra Dastur) untuk mencari harta karun kerajaan Magadha yang dipercayai hilang di Tibet suatu ketika dahulu. 

Jalan cerita lebih kurang sama dengan cerita sebelum-sebelum ini di mana pembelot Prof. Jack telah mencuri di harta tersebut dan ingin menjual harta tersebut dengan harga yang tinggi di Dubai. Nak tahu apa yang jadi seterusnya korang kena la tengok citer ni sendiri. Sumpah best. 

7 comments:

  1. Macam best je cerita ni. Hmmm tengok dekat 123 je lah m :())

    ReplyDelete
  2. kalau jackie chan berlakon mesti best kan..

    ReplyDelete
  3. berlakon lg rupanya jackie chan ni..huhu.lama dah x tgk aksi stunt dia.

    ReplyDelete
  4. woww jackie chan!! btw yg atas kereta tu lay exo ke? mcm muka dia hahhaha

    ReplyDelete
  5. Jackie Chan masih berbisa. Hihi. Siqah nak tunggu keluar kat Astro Best lah :D

    ReplyDelete