Assalamualaikum...
Sapa kat sini suka travel? Yeay kita geng! Actually family aku bukanlah family yang suka melancong. Tapi mak aku ni memang suka berjalan. Aku pun dah terikut. Setakat ni aku melancong dalam Mesia je. Belum ada rezeki nak pi jauh-jauh. Sekarang pun tengah menabung untuk pi short vacay ke Cameroon Highlands next semester. In shaa Allah =)
Aku selalu perasan ramai traveller mesti bawa beg untuk letak fon dan purse tu kan. Normally traveller suka sling bag dengan beg galas belakang. Macam aku suka sling beg lagi sebab senang nak capai barang. So traveller kena ambil berat juga barang apa yang harus ada dalam beg. Semoga berguna!
Telefon Bimbit
Sekarang zaman dah maju. Budak sekolah rendah pun dah pakai smart phone. Apatah lagi orang yang lebih berusia dari mereka. Function telefon bimbit semasa travel sangat berguna. Contohnya dapat call, taking pictures, use google maps. Sangat berguna kan =)
Buku Nota dan Pen
Buku nota mestilah bersaiz kecil dan pen mesti berdakwat. Kenapa tak guna pensil? Pensil cepat patah, agak malap bila ditulis. Buku nota dan pen ni sangat berguna in case nak catat no pendaftaran kenderaan jika berlaku apa-apa dan tulis sedikit maklumat tentang sesuatu tempat untuk dimuatkan dalam diari dan blog.
Sebotol air mineral
Memadailah membawa sebotol air mineral yang mengandungi 500ml air. Kebiasaannya traveller banyak berjalan dan ia sangat berguna untuk hilangkan dahaga.
Dompet
Tak pernah dengar lagi traveller tak bawa dompet. Benda yang paling penting yang kena ada dalam dompet ialah kad pengenalan, lesen memandu, sejumlah wang dan kad bank.
Kad pengenalan
Contoh masa travel berlaku kemalangan, pihak polis boleh contact keluarga.
Lesen memandu
Sekiranya kita memerlukan perkhidmatan kereta sewa semasa travel, lesen memandu yang belum tamat tempoh amat berguna selain dapat elak kena saman jika ada roadblock.
Sejumlah wang
Maksudnya wang dalam dompet jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Wang syiling juga penting ketika travel. Kalau smartphone kehabisan bateri boleh guna public phone ketika emergency.
Kad bank
Penting bila wang di tangan sudah habis, kad bank jadi penyelamat. Haruslah diingatkan bahawa sebelum travel bajet mesti lebih. Jangan bajet sedang-sedang je sebab kalau berlaku apa-apa susah.
Beg make up
Beg make up bersaiz kecil. Cukup sekadar memuatkan perfume, pelembap bibir, minyak cap kapak dan bedak kompak. Special function of perfume ialah dari segi keselematan. Jika ada strangers yang nak buat bukan-bukan, sembur perfume kat mata dia dan lari sekuat hati. Minyak cap kapak pula penting untuk hilangkan pening dan rasa loya.
Tisu/ Sapu Tangan
Aku selalu miss benda alah ni. Tapi benda ni sangat penting tau. Kalau ada luka-luka atau tangan kita kotor, tisu/sapu tangan ni la jadi penyelamat.
Powerbank
Pengguna smartphone memang kena ada powerbank sebab smartphone cepat kehabisan bateri. Powerbank yang diperlukan masa travel mestilah ringan sebab masa travel kan banyak berjalan. Kalau beg berat kita akan rasa cepat letih.
Last but not least, stuffs yang aku nyatakan kat atas ni mesti ada dalam beg. I learn from mistakes. Bila barang tak ada terkial-kial nak cari. Bila travel pastikan beg kita ringan dan barang tidak terlalu banyak. Lebih baik beg tu bersaiz sederhana. Advantagenya kita senang nak gerak. In shaa Allah nanti aku update pasal perkara yang perlu diselesaikan sebelum travel. And surely short vacation kat Cameroon pun aku update. Keep waiting, ya....
No comments:
Post a Comment