Thursday, 24 March 2016

Advantage Jumpa Lecturer

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah saya dapat ambil subjek ekonometrik 2 tanpa perlu mengulang ekonometrik 1. Tak dinafikan subjek ni sangat payah dan memerlukan banyak latihan. Saya ada 1st assignment yang perlu dihantar sebelum mid sem break. In adddition, assignment tersebut memerlukan saya untuk run data dan menggunakan pelbagai software.

Bilangan pelajar yang ramai dalam computer lab membuatkan saya kurang fokus ditambah pula dengan lecturer ajar sangat laju. Keadaan itu menyebabkan saya terkial-kial untuk membuat assignment dan akhirnya saya buat last minute sehingga tak tidur malam. Alhamdulillah berjaya disiapkan!


Syukur sebab Allah menggerakkan hati saya untuk jumpa dengan lecturer terlebih dahulu. Di dalam tersebut ada lecturer saya, dua orang RA dan empat orang classmates. Ianya sangat selesa sebab lecturer tunjuk satu per satu cara menggunakan software dan apa yang dia mahukan untuk assignment tersebut. Rupanya saya banyak salah dan lebih dari setengah markah saya kena potong. Oleh kerana lecturer faham student belum biasa dengan software, maka lecturer izinkan hantar lewat. 

Moral di sini ialah sesi pembelajaran yang terbaik ialah dengan berguru. Sebenarnya lecturer suka student pergi bilik mereka dan bertanya sebab dari situ lecturer dapat detect yang student bersungguh-sungguh untuk belajar. Dengan cara ini juga kita dapat lebih banyak ilmu dan senang skor untuk jawab exam nanti. 

Nota kaki:
Buat assignment dengan terbaik dan jangan putus asa untuk kerap jumpa lecturer. Itu adalah back up untuk markah semester kita. 

2 comments:

  1. ahah..dulu xselalu pon jumpa lecturer.sbb lecturer bukan selalu pon ada kat Utm tu.dia bz. tanya n jumpa dlm kelas je slalu.tak phm terus tanya

    ReplyDelete
  2. Lect. Akan ingat student yg selalu pergi jmpa dia. :)

    ReplyDelete