Assalamualaikum...
Aku perasan banyak buku travelog dijual di pasaran sekarang. Aku sangat bangga akan penulis-penulis buku sebegini sebab mereka menyalurkan maklumat kepada pembaca. As you can see nowadays kat social media, ramai anak muda yang suka travel. So, bila ada buku-buku sebegini, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk buat persiapan sebaiknya sebelum travel ke sesebuah negara.
Aku beli buku Cerita KOREA Kami di SMO Book Store dengan harga RM25. SO affordable! Menampilkan empat penulis berbakat iaitu Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad. Semua penulis bukannya pergi korea untuk travel dalam masa yang singkat, tetapi ada di antara penulis yang belajar di Korea dan ada penulis ibu kepada anak yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea.
Antara perkara penting yang aku ingat tentang korea lepas baca buku ni ialah:-
1- Korea Utara dan Korea Selatan tidak akrab.
2- Korea Utara gah dengan ketenteraannya manakala Korea Selatan gah dengan hiburan seperti K-Pop.
3- Korean tak minum manis.
4- Di Korea, pakaian mesti disidai di dalam rumah.
5- Masyarakat Korea mengamalkan budaya senioriti.
6- Kebanyakan Korean memiliki badan yang cantik sebab mereka hanya makan ketika lapar dalam kuantiti yang sedikit. Selepas makan, mereka akan kembali aktif.
7- Perkahwinan antara sepupu dilarang dalam masyarakat korea.
8- Kebanyakan wanita Korea cuba mengelak daripada mengahwini lelaki anak sulung kerana bimbang dibebani tanggungjawab yang banyak.
9- Kerajaan Korea telah melaksanakan kempen dua anak untuk satu keluarga sejak 1970.
10- Gangnam merupakan kota termahal di Korea.
11- Menulis nama dengan pen merah bermaksud orang tersebut mati dalam masa yang terdekat.
12- Pohon Gingko banyak di Korea dan daunnya dapat mengubati penyakit nyanyuk.
13- Khasiat kimchi dapat memabantu menghalang pertumbuhan sel kanser.
salam nice , sellau nampak buku di kat kedai tapi tak tergerak hati lagi nak beli
ReplyDeleteWkmsalam. Tak rugi beli buku travelog ni. Boleh buat panduan =)
DeleteWkmsalam. Tak rugi beli buku travelog ni. Boleh buat panduan =)
Deletedulu masa form 1 pernah kena marah dengan teacher science sebab tulis nama dengan pen merah hahaha dia cakap "awak tau tak nama yang ditulis menggunakan pen merah ni untuk orang yang dah mati." mana lah kita tau.. kita bukan orang cina atau korea hahaha. lagipun masa tu dah tak ada pen warna lain terpaksa tulis nama guna pen merah XD
ReplyDeleteHaha sama la waktu sekolah dulu memang pantang ooo tulis nama guna pen merah. Tapi masing-masing ada kepercayaan masing-masing kan. Just go through jela sebab time tu memang takde pen warna lain. Hihihi
DeleteHaha sama la waktu sekolah dulu memang pantang ooo tulis nama guna pen merah. Tapi masing-masing ada kepercayaan masing-masing kan. Just go through jela sebab time tu memang takde pen warna lain. Hihihi
Deletesemasa ibu_suri di rawat di hospital swasta awal stroke dulu, doktor memberi ubat berasaskan gingko sebagai ubat rawatan. sebab itu ubatnya mahal.
ReplyDeletetapi bila ibu_suri dipindah rawatan ke hospital kerajaan dan saya bertanya kepada doktor pasal gingko, doktorm tu kata... belum ada hipotisis yang rasmi akan keberkesanan gingko dalam bidang perubatan moden...
tak minum manis????! apa niii huda kene ada stok gula sendiri kalo nak pergi travel korea. hahaha
ReplyDeletePohon Gingko tu cemane eh? Ada kat Malaysia tak? Hehe :P
ReplyDelete