Assalamualaikum...
Kebiasaannya unplanned trip akan menjadi real berbanding planned trip. Sama la macam aku dan kawan-kawan. Aku balik kampung baru kami plan nak pergi Padang Besar. Main purpose bukannya nak shopping sangat tapi saja nak keluar berjalan-jalan sebab pitih sikit hahaha.
Best jalan dengan diorang sebab disiplin tinggi. Kalau cakap pukul 8 semua kena siap, memang pukul 8 semua dah siap. Orang yang ada sikap begini akan membuatkan perjalanan lebih teratur. Kitorang pergi berempat naik KTM memandangkan railway station dari rumah hanya mengambil masa setengah jam. Dari Stesen KTM Gurun ke Padang Besar mengambil masa satu jam dengan tiket return RM15 seorang. Jimat masa, wang dan tenaga. Kalau naik kereta mau 2 jam jugak nak sampai Padang Besar. Minyak kereta pun mungkin RM50 pergi balik.
Perjalanan train adalah setiap satu jam dan tiket boleh beli on the spot. Alhamdulillah pengurusan KTM sangat baik, train tiba tepat pada masa =)
Train ramai sangat orang sehinggakan kitorang terpaksa berdiri. Boleh tahan lenguh jugak kaki ni
Ramai yang turun kat Stesen KTM Alor Setar. So aku dan kak yong cepat-cepat cari tempat duduk sebab ramai juga yang naik. Finally dapat juga =)
Pemandangan negeri Perlis yang menghijau. Cantik =)
Yeayy dah sampai pun Padang Besar!!!
Arked niaga Padang Besar dekat je dengan Stesen KTM Padang Besar. Kalau korang jalan kaki ambil masa kira-kira 5 minit. Boleh juga korang naik teksi dengan harga RM10. But we choose to walk sebab we are young and strong hahaha.
Sebenarnya cuaca tak de la terik sangat tapi boleh tahan banjir jugak ketiak ni
Selepas breakfast kat Kedai Kak Ina gerai no 1, aku mai sini tangkap gambar. Banyak kali dah mai Padang Besar tapi tak pernah pun tangkap gambar kat sini.
Sesi shopping bermula. Kat sini ramai orang jual kerongsang. Banyak yang cantik dan harga agak murah. Lepas aku survey harga, rasanya souvenirs la yang paling murah. Kalau beg, baju dan kasut agak mahal juga harganya. Kat tempat aku lagi murah. Those yang suka skin care dan make up brand dari Thailand boleh datang sini, harga murah. Konklusinya harga sekarang tak semurah dulu sebab currency kita jatuh.
Ais krim kelapa ni sangat sedap. Korang boleh beli kat sebelah kedai kak Ina. Hanya RM5 satu.
Tom yam kurang pekat dan pedas. Depan rumah sewa lagi pedas. Sekali makan mesti nak lagi. Setiap kali makan mesti akan ke jamban. Hahaha sungguh berpuaka. Lepas makan kitorang berjalan pulang. Plan kitorang nak balik pukul 4 lebih tapi sebab masing-masing dah penat kitorang pulang satu jam awal.











