Showing posts with label video call. Show all posts
Showing posts with label video call. Show all posts

Tuesday, 31 May 2016

Kelibat Lembaga Putih Terbang Semasa Video Call

Assalamualaikum...

Aku seorang yang sangat malu untuk buat voice note, apatah lagi video call. Disebabkan aku dan kawan aku lama tak berjumpa, maka kawan aku suggest supaya buat video call. Aku terpaksa akur sebab rasa kasihan tengok kawan pujuk banyak kali

Kali keempat kami video call, ada perkara yang unexpected berlaku. Kitorang buat video call guna yang facebook punya. Means guna laptop la. Kan skrin besar. Kawan aku ni pulak membelakangi tingkap yang terbuka luas. Of course la time tu malam (majoriti orang video call malam). Time tu dia tengah praktikal di sebuah hospital kerajaan di utara tanah air dan tinggal di hostel jururawat tingkat dua atau tiga. 

Masa kitorang tengah berbual, tetiba kitorang terdiam sebab aku nampak satu lembaga putih tengah terbang dalam keadaan slow motion kat luar tingkap. Degupan jantung aku masa tu hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Mujur 'benda' tu tak tunjuk muka. Kalau tidak berkemungkinan juga aku diserang demam panas. Tak lama lepas tu lembaga tu hilang.

Aku tanya kawan aku sama ada dia nampak atau tak apa yang aku nampak. Yes sebenarnya dia pun nampak. Biasalah nama pun hospital. Rasanya setiap hospital ada kisah mistiknya yang tersendiri. Semenjak daripada tu kitorang dah tak video call. Serik katanya. 

Foot note : please pilih tempat yang sesuai untuk video call. Background dinding is the best. Tapi tak tau la pulak tetiba ju-on keluaq dari dinding tu. Hahaha. 

Sekian bed time story aku =)