Monday, 25 August 2014

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

Assalamualaikum...


Last week aku check online sama ada aku dapat ke tak WPP ni. Aku mengharap la jugak WPP ni sebab WPP ni dapat bantu aku biaya pembelajaran aku pada awal sem. Haa dari tadi dok pot pet WPP. Apa dia WPP ni???


WPP stands for Wang Pendahuluan Pembiayaan. Masa isi upu, page last sekali ada dinyatakan "adakah anda bersetuju untuk menerima WPP"? Then tick jela "Ya" atau "Tidak". Kalau korang tick "ya", korang akan dapat WPP ni. Tu pun kalau korang dapat offer dari IPTA dan poli.


Nak lebih selamat, korang cek online sama ada korang dapat ke tak. Pergi kat portal rasmi PTPTN dan cari pasal WPP nih. Macam aku, kat result tu ada dinyatakan WPP akan dihantar melalui pos. Oh eksaited! Alhamdulillah dapat jugak.



Ini la rupa camne nak cek kita dapat wpp ke tak. Kalau jumpa macam dalam gambar ni kira betul la tu


Sehari selepas aku cek result WPP, aku dapat panggilan dari Pejabat Umno Cawangan Jerai. Dorang suruh ambik WPP ni kat pejabat umno. Haa suka untuk aku bagi tau WPP ni berjumlah RM1500. Aku dapat WPP ni dalam minggu aku cek result WPP ni. Tak lama pun. Sat ja. Sabaq naa.


SYARAT PEMBERIAN WPP

1- Bersetuju menerima WPP melalui permohonan atas talian UPU
2- Warganegara Malaysia
3- Ditawarkan pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Poli
4- Tak pernah terima WPP


KAEDAH PENGAGIHAN DAN PEMBERIAN WPP

1-Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
2-Waran WPP diagihkan kepada pelajar yang mendapat IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu secara pos atau serahan tangan sebelum pelajar mendaftarkan diri di IPTA dan Politeknik.
3-Tunaikan waran di bank yang dilantik (CIMB) dan bawa IC.
4-Wakil tak dibenarkan tunaikan waran.
5-Waran hanya boleh tunaikan di kaunter bank sahaja.




Haa yang cik abang kita pegang tu la Waran WPP. Korang dapat dalam sampul surat.


Haa bagi memudahkan kerja teller bank, tengok kat helaian kertas yang pelekat sekali tu. Alaa kertas macam kita nak bawak keluarkan duit dari akaun kita tu la. Haa tengok kat belakang kertas, ada ditinggalkan ruang kosong untuk isi nama, no-fon dan ic. Kalau korang nak cash, kat A/C No. tu tulis no ic korang. Then jangan lupa tandatangan kat belakang waran tu. Sign je kat ruang mana-mana pun.


So hopefully maklumat ni berguna la untuk korang yang apply WPP ni. Haa suka diingatkan bahawa sebanyak RM500 dipotong pada sem 1, 2 dan 3. Sampai total RM1500. Kalau PTPTN application korang failed, korang kena bayar balik WPP ni. So guna la sebaik mungkin, ye.


Semoga ketemu kembali. Assalamualaikum.







1 comment:

  1. Hehee. bagus sebab dapat membantu mula2 pembiayaan.. Tapi kan. Akk rasa better tak dapat .. HEHE. nanti hujung2 sem lagi nak pakai duit, lagi sikit dapat duit. haha. sebab WPP ni dia potong masa 3-4 sem nak habis nnti .. hehe

    BTW, all the best yerr belaja tuu :)

    ReplyDelete