Thursday 25 December 2014

YAKINLAH!!!

Assalamualaikum...




Pernah tak korang rasa tak yakin dengan janji Allah??? Especially waktu korang tengah kesempitan, tapi time tu korang kena bantu orang yang lebih memerlukan. At the same time korang takut takleh survive sebab korang dah bagi ape yang korang ada.

Pernah jugak tak korang dengar pasal orang nikah muda. Niat baik nak elak maksiat. Alhamdulillah lepas nikah rezeki datang belambak-lambak. Kalau tidak dengan wang, tapi dengan kasih-sayang, ketenangan. Sampaikan kita pun teringin nak nikah muda.

Pernah jugak tak korang takut masa belajar korang membazir macam tu saja if korang baca al-quran?? Pernah tak fikir bila kita baca al-Quran tu kita akan mendapat ketenangan jiwa. Kemudian Allah kurniakan kita akal yang cerdas. Bila kita study, kita rasa cepat pick up. Malah boleh terang kat kawan-kawan lagi.





Kawan-kawan, ingatlah, jika niat kita baik, in shaa Allah dipermudahkan olehNya. Kalau kita rasa susah, ada orang lain yang lebih susah. Jika ada pada kita itu sedikit, maka yang sedikit itu berilah kepada yang memerlukan. Yakinlah dengan Maha Pemberi Rezeki. Amalkan Ya Razak 40 kali setiap kali selepas solat. In shaa Allah akan datang rezeki yang melimpah ruah dan berkah.

Aku jugak selalu berada dalam kesempitan. Tapi apa yang aku nak highlight kat sini, jika niat kita baik dan ikhlas walaupun kita sendiri berada dalam kesulitan, in shaa Allah urusan kita dipermudahkan olehNya. 










1 comment:

  1. Hari ini kita susah,orang tolong kita, esok lusa orang susah,kita tolong pula.

    ReplyDelete