Friday 13 March 2015

Throwback: Reunion Economics Class

Assalamualaikum...

Aku suka dan suka semester break lepas sebab aku dapat spend time dengan kawan-kawan sekolah menengah even tak semua orang ada. Aim nak eratkan silaturrahim. Alhamdulillah seriously seronok jumpa kawan-kawan lama. 

Masa semester break hari tu aku attend kenduri, reunion and having short vacay kat langkawi. Untuk first ni aku nak share pasal reunion kawan-kawan form six dulu. Even tak semua orang ada, benda yang paling aku kena appreciate ialah moment bergelak ketawa bila duduk semeja. 



Yang pakai shawl warna brown ni namanya Alwani. Masa sekolah dulu time waktu rehat memang selalu makan sama-sama. Specialnya alwani ni dia sorang gelak macam sepuluh orang. Hangpa akan rasa kemeriahannya bila dia ada bersama hangpa. Haa tudia. Pastu dia selalu habiskan makanan yang aku tak habis. Tu yang seronok ajak dia keluar makan. Tak membazir. Hehe.



Budak laki kelas aku total 6 orang. Time ni rahimi tak boleh attend sebab kerja. Sepanjang setahun lebih belajar bersama-sama mereka memang best. Depa ni tak macam laki lain yang penah aku jumpa. Tak tau macam mana nak explain. Depa ni bagus sangat-sangat. 



Seriously banyak gila dishes yang kawan-kawan aku masak. Banyak juga yang tak habis. Cadangnya nak makan lepas solat jumaat. Last sekali makan pukul 5 lebih. Tula rahimi tak mai. Kalau tidak confirm habis. Hehehe.



Well, gegirl memang camni. Suka wefie dan bergelak ketawa. Sekali tangkap gambar mencecah ratusan, bukan puluhan. Sabo je la. Girls be like kan...



The last picture in this entry. Tengok happening gini tipu la kalau takda langsung perselisihan faham. Manusia tak perfect kan. Ada jugak kekurangannya. Tapi alhamdulillah even sometime tak bersefahaman, Allah berikan kami hati dan juga pendirian supaya cepat-cepat bertolak ansur. Baru la cepat rasa kemanisan bersahabat.

Aku rasa sampai sini je kot entry aku. Tunggu aku update short vacay aku dengan bestie kat langkawi. 




No comments:

Post a Comment