Tuesday 5 May 2015

Handphone Rosak

Assalamualaikum...

Sedih tak terkata, smartphone kesayangan rosak. Cas kadang masuk kadang tak masuk. Kalau masuk pun 1% ada dalam 20 minit. Dah pergi kedai tapi katanya masalah bateri. Aku pun beli bateri baru. Harganya RM70. Bila balik cas still bermasalah. Aku yakin mesti rosak kat lubang tempat cas tu sebab sebelum ni aku penah repair phone kat bahagian tu.

Sekarang ni kalau nak inform apa-apa melalui whatsapp. Lagi la susah aku nak dapat info bila phone rosak. Tapi alhamdulillah ada seorang hamba Allah baik hatinya sudi pinjamkan phone dia supaya kerja-kerja aku dapat berjalan dengan mudah. 




Walaupun phone dia tak macam phone aku, dapat whatsapp pun dah kira ok la. Mulianya hati dia bila dia izinkan aku guna phone dia selama mana yang aku mahu. Sebenarnya aku tak berhajat nak repair buat masa sekarang sebab kos nak repair ratusan ringgit. Plus aku banyak guna duit sekarang untuk bayar itu dan ini. 




Rasulullah saw bersabda, "barangsiapa melepaskan urusan yang sulit, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat". Zaman sekarang ni smartphone dah macam satu keperluan bagi setiap individu. Yela dengan adanya smartphone banyak hal boleh dilakukan. Tetapi harus diingat, letak dunia di tangan, bukan di hati. Baru bahagia. 




No comments:

Post a Comment