Sunday 30 August 2015

Jangan Merungut Sebaliknya Sabar Dan Bersyukur

Assalamualaikum...



Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat padaNya sebab Dia dengar setiap luahan aku. Sem depan aku duk rumah sewa. Sementara ptptn nak dapat kena guna duit sendiri. Aku kalau boleh tak nak guna duit mak aku. Yela aku kan dah 20-an. Aku kena berdikari. Syukur kemarin first day masuk kerja walau hari jumaat ni dah nak balik u. Satu hari RM30. Darab lima????

Aku ada kisah untuk dijadikan pengajaran. Kawan aku ni bukan orang senang. Dulu selalu ajak dia makan kat kedai. Tapi dia selalu sangat merungut. Kadang bagi aku makanan tu dah cukup sedap, tapi bagi dia tidak. Sampai sekarang dia susah. Dapat duit sekejap je habis. Itu tandanya rezeki tak berkat sebab tak bersyukur.

Kisah lain pasal kakak ipar aku sendiri. Walaupun dah dua tahun nikah, dia belum ada rezeki mengandung. Tapi dia tak pernah merungut. Selepas grad nursing kat mahsa, dia tak dapat kerja walaupun dah berkali-kali hantar resume. Syukur berkat sabar dan tak merungut, akhirnya dapat kerja kat pusat haemodialisis kat rumah parents dia. Allah dah permudahkan urusan dia. Plus dia buat part time business. Memang masyukkk.

Untuk kisah aku, dah setahun usia blog ni. Selama setahun aku tak ada follower. Aku still menulis sebab itu passion aku. Bagi aku menulis bagi aku kepuasan. Alhamdulillah sekarang tak sampai seminggu dah ada 77 followers dan banyak kata-kata positif. Terima kasih semua. Untuk akhir kalam, Allah Maha Mendengar. Bersabarlah dengan ujian yang Allah beri, nanti Allah beri yang terbaik dan kau pun tak sangka betapa besarnya pemberian Allah tu. Harus diingat, kuncinya bersyukur dan sabar yaa.

2 comments: