Wednesday 19 August 2015

Second Year Student of Economics

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah habiskan satu tahun kat UMT. Lagi dua minggu masuk la second year first. Rasa macam tak percaya aku cekal belajar dalam bidang ekonomi dan dengan yakinnya aku tak ambik exam untuk nurse under SPA. Aku yakin janji Allah di mana-mana.

Untuk semester pertama dan kedua subjek tak la tough sangat. Biasa la mula-mula kan. Dah masuk second year ni jam kredit bertambah dan banyak subjek tough kena ambik. Senior cakap subjek yang paling tough ialah econometrics.

Wuu tetiba rasa nebes nak ambik. Hee so aku kena persiapkan mental dan fizikal untuk sem depan dari sekarang. Yang paling penting ialah bijak buat pilihan. Aku selalu fail part ni. Lepas ni kena ambil masa untuk berfikir baru decide.

Second year. A new environment. Sebab apa? Aku dah start duk rumah sewa. Syukur la bakal roomate aku tu coursemate aku sendiri. In shaa Allah lepas ni senang sikit nak belajar. Lagi pun dia tak kedekut ilmu. Baik orangnya. 

So aku nak list out beberapa perkara yang aku mesti buat sem depan. Bukan berniat untuk bermegah tapi aku nak jadikan diri aku lebih berdisiplin. Sekurang-kurangnya aku merancang =)

Jangan skip breakfast dan kismis

Baca nota sebelum ke kelas dan ulangkaji selepas kelas

Rajin bertanya

Jaga kualiti tidur (antara 10 malam hingga 5 pagi)

Banyakkan minum air kosong

Bijak pilih kawan

Riadah setiap minggu

Join banyak program

Berjimat-cermat

Utamakan Allah dalam setiap perkara

Sentiasa tanya khabar mak ayah

Segera siapkan assignment. Paling penting kualiti


No comments:

Post a Comment