Tuesday 22 September 2015

Ada Yang Lagi Susah

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas aku dikejutkan dengan berita seorang pelajar perempuan batch aku yang masih tiada tempat tinggal. Dia tak mampu untuk tinggal di rumah sewa  dan sekarang ni dia tidur merempat. Kadang-kadang di masjid dan kadang-kadang tidur di kafe.

Semua duit ptptn dia bagi kat mak dia. Aku sangka family dia susah. Oleh sebab itu dia kerja part-time da kafe dalam uni aku ni dengan gaji RM3 per hour. Kadang-kadang dia tak bekerja sebab sibuk dengan assignment. Dia langsung tak makan bila tiada gaji di tangan.

Mujurlah Allah hantar hambaNya untuk bertanya akan keadaan pelajar perempuan tersebut. Kisahnya diviralkan dalam group freshies umt. Ramai individu yang ingin memberi sumbangan kepada pelajar tersebut. Buat masa sekarang pelajar tersebut menginap di rumah sewa kawannya. Kisah sedih mengenai pelajar tersebut telah membuatkan seorang akak post-graduate mempelawa pelajar perempuan tersebut untuk bekerja di kedai beliau di samping soal makan minum ditanggung sepenuhnya. Alhamdulillah.

Moralnya di sini, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan merungut. Kemudian kisah pelajar perempuan tersebut cukup mengajar aku supaya lebih beringat ketika ada wang (urus wang dengan sebaiknya), jangan berhutang sebaliknya berusaha dan meminta kepada Allah. Finally, terima kasih Allah kerana Engkau membuka pintu hati hambaMu ini supaya lebih bersyukur akan pemberian nikmatMu.

4 comments:

  1. sedihnya. moga akak tuh diberikan kejayaan dalam kehidupannya

    ReplyDelete
  2. Allahhu. Moga Allah permudahkan hidup pelajar tu .

    Betul tu, kita kena pandai uruskan duit. Macam saya, kadang-kadang terbabas juga dalam berbelanja tapi memang cuba untuk tak spend duit dekat benda-benda yang tak perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. tengah train diri supaya bijak dalam berbelanja.

      Delete