Wednesday 2 September 2015

Hari Terakhir Bekerja

Assalamualaikum...




Hari ini hari kelima aku bekerja yang merupakan hari terakhir aku di sini. Aku kerja jaga kedai mak kak ipar aku. Duk menunggu ja memang bosan. So aku decide untuk bawak lappy bagi mengisi masa yang terluang. Aku baca entry korang. Huhu best!

Nak dapat wang yang halal dan diberkati bukan senang. Kena berusaha bersungguh-sungguh. Aku bersyukur sebaik saja habis exam, kak ipar aku suruh aku jaga kedai. Sekurang-kurangnya aku tak buang masa. Ada juga duit yang masuk. Time tu aku kerja sekejap je sebab mak kak ipar aku sewa tapak hanya untuk bulan puasa.

Alhamdulillah perniagaan mereka maju, mereka decide untuk sewa terus kat ANEKA ni. Cuti yang berbaki ni aku cari kerja, dapatkan wang untuk survive kat u. Wang ptptn dah dapat semalam. Alhamdulillah. Setelah ditolak dan dibahagi, memang tak cukup untuk survive satu sem. Maka dengan itu aku kena cari inisiatif dapatkan side income. Semoga Allah permudahkan urusanku.

By the way, aku suka kerja kat sini. Pekerja-pekerja kat sini baik hati dan peramah. Cuma aku la jenis malu untuk bertegur sapa. Aku lebih suka duk kat tempat aku walaupun bosan dan sakit pinggang daripada melilau ke sana sini. Yang paling penting aku boleh muatkan dalam resume aku pengalaman bekerja. Hehe. So setakat ni saja. Aku harap rezeki aku melimpah ruah dan diberkati. Ameen.

11 comments:

  1. Bila kita kerja dan dapat duit sendiri, baru kita rasa susahnya nak dapat duit kan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Sekarang dah 20-an rasa nak berdikari. Tak nak lagi minta duit dari mak ayah

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah. Thanks for the du'a

    ReplyDelete
  4. Pengalaman bekerja akan mematangkan kita dalam menghadapi pelbagai ragam manusia.. Good work sis.. :)

    ReplyDelete
  5. bagus la dah ada pengalaman kerja. semoga diberkati rezeki insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Semoga rezeki adik murah & mudah ya..

    Belaja rajin2 tau..

    Akak dulu pun,keja sementara tgu panggilan...
    Akak mik Loan mara..heehe..

    ReplyDelete