Friday, 6 November 2015

Persediaan Menghadapi Musim Tengkujuh

Assalamualaikum...

Korang perasan tak kira-kira seminggu yang lepas terutamanya yang berada di kawasan pantai timur (kelantan, terengganu dan pahang) mengalami hujan lebat setiap malam? Tapi siang hari panas sangat sehinggakan tak tertahan untuk celik mata. Boleh bayang tak macam mana keadaan kita sewaktu di padang mahsyar? Matahari cuma sejengkal dari kepala? Mula rasa diri ni sedikit amalan untuk dijadikan bekal. Ok ok sekarang ni aku tengah cuti mid sem. Kat kedah pun rupanya macam kat ganu. Siang terik, malam hujan. Memandangkan sekarang belum tiba waktu 'keganasannya' lagi, aku nak bagi beberapa tips untuk menghadapi musim tengkujuh.

Stok Makanan dan Ubat Mencukupi

Jangan pandang remeh hal ni. Sementara cuaca pada siang hari masih ok, better beli barang dapur siap-siap. Tak rugi pun beli banyak sebab bencana yang datang tak kabo ke kita. Peribahasa melayu mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Haa gitu. Korang mesti selalu dengar kan majoriti mangsa mengalami kekurangan stok makanan dan ada kalanya hanya bergantung harap pada bantuan orang ramai.

Wiper, Air Cond, Lampu dan Cermin Tingkap Berfungsi

Aku pernah naik kereta sapa entah dulu time hujan lebat wiper tak berfungsi. Terpaksa la berhenti tepi jalan sampai hujan reda baru teruskan perjalanan. Mujur masa tu lampu kereta berfungsi. Takut jugak kena langgar dari belakang tambahan pula masa tu malam. So jangan kedekut untuk spend sedikit wang untuk keselamatan diri kita sendiri.

Letakkan Barang Penting di Tempat Tinggi

Tips ni agak cliche tapi masih ramai yang belum cakna. Antara barang penting tersebut ialah dokumen-dokumen penting, barang elektrik dan pakaian. Pakaian pun penting ka? Ya pakaian memang penting bagi aku sebab aku ni jarang shopping baju. Baju yang lima tahun lepas pun aku still pakai. Hehe

Tiga tips ni je yang terlintas dalam fikiran aku buat masa ni. Walaupun sedikit aku harap ia membantu korang. Selamat malam =)

6 comments:

  1. Moga Allah jaga negaraku Malaysia & seisinya.

    ReplyDelete
  2. Moga musim tengkujuh kali ni tak seteruk macam tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips. nnt qila forward ke fam & friends dkt sana
    and moga allah lindung kita semua...

    ReplyDelete
  4. Tips yg bagus untuk dikongsi :-)

    Btw, salam kenal ya :-)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing usefull tips :)

    ReplyDelete
  6. Berjaga-jaga sebelum terkena. :)

    ReplyDelete