Tuesday 10 November 2015

Tak Rugi Ramai Kawan

Assalamualaikum...



Mesti ada antara korang yang suka bilang hari sampai hari start cuti kan? Haha aku termasuk dalam spesies ni. Ada jugak yang tak endah langsung bab-bab cuti nih. Bagi aku golongan macam ni memang cool habis.

Aku ni kalau nak balik kedah mesti hati berbunga-buaga. First memang nak jumpa mak abah. Second ramai kawan-kawan sedang menunggu. Normally kami akan keluar jalan-jalan dan makan. Dah jadi tradisi pun.

Beberapa hari selepas tibanya aku kat bumi Kedah, kawan ada whatsapp ajak keluar makan kfc. Dia nak belanja. Alhamdulillah merasa jugak gaji dia. Haha. Dua hari yang lepas pulak kawan aku dari seremban datang rumah ziarah mak aku kemudian kami pergi rumah dia. Selalunya waktu cuti mak kawan aku ni memang selalu jemput aku datang rumah untuk makan laksa. Laksa mak dia memang sedap. Kalau makan tak bertambah memang tak sah!

Kemarin pun aku keluar makan tom yam kat tanjung dawai. Tapi kali ni kawan tak belanja. Apa yang membuatkan hati aku berbunga-bunga ialah sebaik saja hantar kawan aku pulang, diajaknya pulak makan bubur labu yang mak dia buat. Bertambah-tambah juga aku makan. Ada jugak kawan-kawan yang ajak main bowling dan futsal, tapi aku terpaksa refuse memandangkan kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni.

Memang langsung tak rugi ramai kawan sebab ia mendatangkan manfaat kepada kita. Ada orang yang tak suka kawan ramai dengan konon prinsip mereka 'biar kawan sedikit tapi berkualiti'. Aku setuju jugak prinsip sebegitu tapi better ramai kawan dan kita pelan-pelan seret kawan kita ke arah kebaikan. Akhir kata, jangan berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Huhuhu

No comments:

Post a Comment