Monday 2 November 2015

Toleransi Untuk Pupuk Hati Bahagia

Assalamualaikum...



Untuk memiliki hati yang bahagia, jangan pernah expect semua orang berperangai seperti kita. Dalam hidup kita mesti ada memberi dan menerima. Konsep ini aku ingin kaitkan dengan masalah di rumah sewa aku.

Previous entry aku ada mengadu tentang sikap housemate aku. Bila aku bermuhasabah, selama ini aku yang selalu mengalah sambil merungut untuk membuat kerja-kerja sedemikian sama sekali tidak ikhlas. Ya, merungut tanda tidak ikhlas dan membuatkan hati semakin 'panas'.

Oleh sebab itu aku cuba sebaik mungkin ikhlas dalam memberi pertolongan dan membuat kerja dengan cara aku menganggap rumah itu ialah rumah aku sendiri. Masa aku buat kerja tu aku cuba senyum. Nampak agak lucu tapi itu cara terbaik untuk mendidik kita supaya lebih ikhlas dan tak senang melatah. Hasilnya, alhamdulillah aku semakin senang untuk membuat kerja dan aku jadi tak kisah untuk 'merelakan' diri aku sendiri buat kerja. Syukur sebab Allah kurniakan ketenangan sedemikian rupa. Perkara yang membuatkan aku rasa lebih bersyukur ialah ada sorang housemate aku dah mula 'berdikari' untuk membuang sampah. Sebab itu orang cakap, orang baling batu, kita baling bunga. Sampai suatu hari you'll feel the worth =)

6 comments:

  1. Tak semua org pandai bertoleransi. Moga kita tak begitu. Keep it up. Dunia kolej mmg kena banyak sabar terutama dgn housemate. Time tula kita belajar tuk menerima mereka seadanya. :)/

    ReplyDelete
  2. Tak semua org pandai bertoleransi. Moga kita tak begitu. Keep it up. Dunia kolej mmg kena banyak sabar terutama dgn housemate. Time tula kita belajar tuk menerima mereka seadanya. :)/

    ReplyDelete
  3. hidup berhousemate ni banyak sgt dpt pengalaman dan ajar kita mcam2 benda baru :)

    ReplyDelete
  4. Prinsip yg bagos awak.. :) Kena give n take sentiase..Yg penting ikhlas..

    ReplyDelete
  5. Betullah tu. Salah satu cara nak hidup berhousemate ni, kita kena latih diri kita ikhlas bila kita terpaksa buat segala benda yang orang lain tak nak buat. Kalau tak, memang sengsara sikitlah hidup.

    ReplyDelete
  6. toleransi penting dalam hidup. time zaman belajar laa nak didik diri kita supaya boleh tolerate ngan orang spya masa depan lagi kita sentiasa bersedia hadapi pelbagai lagi karenah manusia :)

    ReplyDelete