Thursday 14 January 2016

Pengurusan Masa

Assalamualaikum...



Alhamdulillah semalam last paper dan sekarang ada di kedah. Pelbagai onak dan duri yang ditempuh sepanjang semester tiga ini. Hampir quit dek kerana diri diuji dengan telatah manusia. Mujur ada yang sudi mendengar dan memberi kata-kata kekuatan. Syukur aku kembali bangun ^_^

Bila berada di rumah, aku ingin memanfaatkan sebaik-baiknya masa bersama keluarga dan kawan-kawan di sini. Besides, kat rumah sewa tak ada televisyen. Memandangkan sudah pulang bercuti di kampung, ada kesempatan untuk aku menonton televisyen. Sebentar tadi aku tengok Rancangan Positif 2016 bertajuk "Pengurusan Masa". Alhamdulillah aku sempat jotted down kelebihan orang yang bijak menguruskan masa. Benda yang baik mesti dikongsi agar sama-sama dapat manfaat.

Kehidupan Akan Teratur

Orang yang bijak menguruskan masa tahu apa yang perlu dibuat terlebih dahulu mengikut kepentingan. Masa yang ada akan dimanfaatkan dengan sebaiknya agar sesuatu kerja dapat dilakukan setelah kerja yang lain siap. Kehidupan akan teratur bila kita mampu mengurus masa dengan cekap dan berkesan.

Dapat Meletakkan Kebaikan

Pengurusan masa yang bijak dapat meletakkan kebaikan ke atas diri kita dan orang lain juga. Misalnya, seorang ayah yang berkerja dapat meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk bekerja. Kerja di pejabat jangan ditangguh dan curi tulang agar kita tidak serabut dengan sikap kita yang suka menangguh kerja. Kuncinya di sini ialah tanggungjawab. Sekiranya kita tahu tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan ketua keluarga, kita tahu apa yang perlu dibuat agar orang lain turut mendapat manfaat daripada kita.

Tenang Dan Bahagia

Semestinya orang yang bijak menguruskan masa akan berasa tenang dan bahagia. Contohnya, masa yang diberi untuk menyiapkan assignment adalah selama satu bulan. Sebaik saja menerima tugasan, kita memulakan tindakan kecil kita dengan tajuk yang berkaitan. Tindakan kecil di awal waktu mampu memberi hasil yang besar kerana kita dapat mengumpul lebih banyak maklumat untuk dimuatkan dalam assignment. Bila kita berjaya memenuhi kriteria assignment, kita akan dapat markah yang tinggi dan hasilnya kita bahagia. 

Semua orang Allah beri masa sama banyak. Bezanya bagaimana kita menggunakan masa tersebut. Sempena tahun baru, berazamlah untuk menjadi seorang yang bijak menguruskan masa =)

No comments:

Post a Comment