Monday 18 January 2016

Aktiviti Semasa Sem Break

Assalamualaikum...

Last paper aku pada hari khamis minggu lepas. Memang kebiasaannya course aku yang paling awal sit exam dan paling lewat balik kampung. Budak course sains selalu balik seminggu awal dari budak sastera. Aku habis exam pada jam 11 pagi. Flight aku pulak jam 3 petang. Sememangnya aku buat keputusan untuk tidak bekerja cuti sem ni. Walaupun emak sudah pulih, tapi kali ni tetap nak teman di rumah. So aku dah plan apa yang aku nak buat masa cuti sem.

Keluar Dengan Kawan-Kawan

Ianya satu kemestian buat aku bila pulang bercuti. Kami amat jarang keluar tengok wayang, main bowling mahupun karoke. Kebiasaannya kami lepak kat rumah kawan-kawan dan makan di kedai. Kadang-kadang bila ramai yang free kami akan pergi ke rumah cikgu. 

Rajin Memasak



Sejujurnya, sebelum ni masa mak sepenuhnya sihat, mak yang akan masak buat keluarga. Tugas aku sebagai anak hanya perlu mengemas rumah. Disebabkan mak aku sekarang masih memerlukan bantuan tongkat, aku kena rajin masuk dapur. Aku berhajat untuk improvekan masakan lauk-pauk, kuih-muih dan kek. Sekurang-kurangnya nanti pergi rumah mak mertua tak lah rasa nervous sangat. Sekarang ni pulak dunia di hujung jari. Banyak resepi boleh digoogle.

Membaca


Aku sangat suka membeli dan membaca buku motivasi. Kadang-kadang aku beli majalah dan surat khabar. Disebabkan aku nak jimat wang, aku bercadang untuk meminjam novel dari kawan untuk mengisi masa lapang.

Attend Majlis Ilmu

Semasa mak aku sihat, mak selalu pergi kelas agama di surau dan masjid pada setiap hari rabu dan khamis. Bila ada ceramah mesti nak pergi. Sekarang pun mak masih sebut untuk attend jugak majlis ilmu. Nak buat macam mana sekarang kereta rosak, masih belum berkesempatan untuk bawa mak pergi majlis ilmu.

Attend Kenduri

Raya Cina ni memang banyak kenduri. Beratur panjang kad jemputan. Mak pernah cakap, kalau orang jemput, kita kena pergi. Itu kan rezeki kita dapat makan free. Disebabkan sejak kecil mak dah ajar untuk attend kenduri apabila dijemput, bila dah besar ia sudah menjadi kebiasaan. Memang langsung tak segan untuk pergi kenduri.

Aku rasa masih banyak benda yang aku boleh buat masa cuti sem ni. Sayangnya kat rumah tak boleh bercucuk tanam dan tak ada haiwan ternakan. Apa-apa pun cuti sem ni tak boleh buang masa begitu saja. Kena juga luangkan masa dengan apa-apa yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment