Monday 18 January 2016

Trauma Dan Kehilangan

Assalamualaikum...


Mati itu pasti dan dunia ini fana'. Itu adalah fakta. Bagi orang yang menerima khabar kematian orang yang tersayang, sudah pasti rasa sedih dan seakan-akan tidak percaya bahawa orang yang tersayang sudah dijemput Ilahi. 

Sekiranya seseorang menunjukkan perubahan emosi dan perasaan akibat kematian orang yang tersayang dalam tempoh kurang dari sebulan, ia dipanggil sebagai fasa stress. Sebaliknya, rutin harian yang tidak teratur dan perubahan emosi dan perasaan melebihi tempoh sebulan pula dipanggil sebagai trauma. Trauma adalah fasa yang serius dan sangat memerlukan rawatan agar fasa ini tidak berlarutan dalam hidup.

Mohon maaf bukan tujuan untuk mengaibkan tapi apa yang saya ingin ceritakan untuk kita jadikan pengajaran. Ada saudara terdekat saya tak boleh terima kenyataan bahawa suaminya berkahwin lain tanpa keizinan saudara saya dan sejak itu tiada nafkah zahir mahupun diberikan. Akibat tidak boleh menerima takdir, saudara saya terus-menerus bersedih hingga terlantar sakit. Dari satu penyakit kemudian datang penyakit yang baharu. Keadaannya kurus, makan melalui tiub dan waktu terakhir jumpa saudara saya, dia tengah nazak. Esoknya saya dikhabarkan bahawa saudara saya sudah dijemput Ilahi. 



Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Berputus asa adalah hal yang Allah tidak suka. Berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil supaya trauma tidak berlarutan :

1- Diri sendiri kena mengenal pasti perubahan emosi dan perasaan.

2- Cari kawan atau ahli keluarga untuk meluahkan perasaan. Ianya bagus untuk mengurangkan tekanan dan kesedihan.

3- Bina hidup baru. Kumpul semangat dan lakukan rutin harian seperti biasa. Kemudian rajinkan diri melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan.

Akhir sekali, kehilangan ialah episod dalam kehidupan. Kehidupan kita masih panjang dan kita kena terima dan hadapi takdir yang Allah tentukan. Apa yang penting, setiap kesedihan yang kita lalui pasti ada sinar suatu hari nanti. Kuncinya ialah sabar. Saya pun berharap saya menjadi seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ilmu yang saya kongsikan dalam entry ini adalah ilmu yang saya dapat dari rancangan Wanita Hari Ini. Semoga ia bermanfaat buat anda semua.

2 comments:

  1. Saya pernah mengalami saat kehilangan insan tersayang. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah kehilangan org yg tersayang. Harapnya saya pun menjadi seorang yang sabar.

      Delete