Sunday 7 February 2016

Kenangan Pada Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum...




Mandi Dalam Parit

Belakang rumah lama saya ni ada parit yang agak luas. Airnya pulak jernih dan ada ikan kecil berenang-renang. Walaupun hajat yang kita buang dari dalam rumah mengalir ke parit, tetapi disebabkan warna air yang jernih membuatkan saya dan kawan-kawan selalu mandi. Lepas balik dari mandi parit mesti kena marah dengan mak abah.

Main Masak-Masak

Mostly budak-budak memang suka main pondok-pondok atau masak-masak. Aku kahwin dengan kau pastu kita ada anak dan macam-macam lagi lah. Dulu selalu guna sireh dan pinang untuk main masak-masak pastu makan. Saya dan kawan-kawan selalu main dalam rumah yang tiada penghuni. Orang cakap rumah tu 'keras'. 

Terlebih Rajin dan Manja

Masa saya umur 4 atau 5 tahun, even waktu cuti saya tetap nak pergi PASTI. Selagi emak tak bawak selagi tu la saya menangis. Emak cakap saya cuma berhenti menangis bila nampak pintu PASTI tutup. Kemudian, saya terlebih manja dengan emak sebab waktu saya pra sekolah, saya tak pandai lukis baju. Memang kena marah teruk dengan cikgu time tu pastu saya menangis sekuat hati. Saya cakap kat cikgu saya nak emak saya datang jugak. Bila emak datang saya automatik boleh lukis baju tanpa mak perlu ajar. Hahahaha.

Kencing Dalam Kain

Saya tak tau la korang macam saya ke tak. Saya ni jenis penakut sikit nak minta kebenaran cikgu untuk keluar ke tandas. Saya rela tahan kencing sampai saya terkencing dalam kain. Pastu kawan sebelah cakap saya kencing dalam kain kat cikgu lalu saya dibenarkan pulang ke rumah. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali kot. Hahahaha

Kena Baling Batu Sampai Berdarah

Ada jiran kat rumah lama ni nakal sikit. Umurnya lebih muda daripada saya dan dia adalah seorang lelaki. Pernah suatu hari ni dia nak gurau-gurau baling batu kat saya. Tengok-tengok dia baling tepat kat dahi saya dan berdarah. Mujur la luka tak banyak. Lepas sapu minyak gamat rasa lega sikit.

Tangkap dan Makan Belalang Kunyit

Waktu kecik-kecik adik beradik saya memang nakal. Lastik sarang tebuan la ligan angsa la dan macam-macam lagi. Waktu emak ada meeting dan abah bekerja, kakak dan abang yang jaga adik-adik. Waktu tu memang saya lapar sangat. Kemudian kakak dan abang tangkap belalang kunyit di belakang rumah kemudian goreng. Masih ingat kerangupan dan keenakan belalang kunyit =)

Main Lompat-Lompat Sampai Subang Masuk Ke Dalam Cuping

Yang ni memang tak boleh lupa. Bilik saya ni double decker di mana katil atas saiz single manakala katil di bawah saiz king. Selalu la main lompat-lompat dari katil atas terjun ke katil bawah. Ada suatu hari tu masa tengah main tetiba rasa sakit kat telinga. Sakit sikit je. 

Cuba la pegang kat telinga pastu perasan subang tindik tu tak ada. Try cari subang tindik atas tilam tapi tak jumpa. Bila pegang betul-betul kat telinga rasa macam ada sesuatu dalam cuping tapi tak boleh dikeluarkan. Kemudian terus pergi hospital bahagian kecemasan dan pembedahan kecil dilakukan. Memang tak dibius apa-apa time tu dan memang sakit sangat-sangat waktu doktor guna pisau toreh kat cuping. Biasa la time tu budak-budak mana tahan sakit. Habis tangan dan kaki dipegang MA sebab time tu meronta kesakitan. Haha

Bila ingat zaman kanak-kanak rasa best ja. Tak perlu fikir masalah dan kalau ada mesin masa nak je putar kembali ke zaman silam tapi nak buat macam mana kan kita hidup bukan di alam fantasi tapi di alam realiti. Tak semestinya manis sahaja yang kita kena telan tapi yang pahit pun kena telan. Kekadang yang pahit tu la buat sesuatu benda jadi manis. So, hidup kena diteruskan !

8 comments:

  1. Munirah membesar dekat kampung ke? Seronoknyaaa! Akak pernah main masak-masak je dalam list ni. lol.

    ReplyDelete
  2. Ye munirah membesar kat kg sampai sekarang hehe

    ReplyDelete
  3. zaman kanak2 memang tersangatlah best hehehe dulu sy siap buat kek kat padang bola selepas hujan..hahaha mandi kat parit pun pernah kahkahkah...rindulah zaman dulu, tak takut apa pun, takut dimarah bapa jak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 tua cakap bila kecik kita nakal nanti besar kita cerdik huhu

      Delete
  4. Dulu pernah tengok spupu makan belalang kunyit. Nak try makan tp takut. Ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berani makan pun sebab kak sy cakap belalang kunyit sedap =)

      Delete
  5. pernah main masak2 je. hehe yang lain tu tak ada kot. selalu buli adik jugak hahaha

    ReplyDelete
  6. bestnya. sy kecik2 mandi kat ban belakang rumah. Hahahaha. sy tak pernah mkn belalang kunyit.

    ReplyDelete