Tuesday, 9 February 2016

Sabar Apabila Berhadapan Dengan Orang Yang 'Tinggi' Madahnya

Assalamualaikum...

Maaf andai bahasa saya agak kasar tapi saya ingin bualkan tentang sebuah realiti. Saya pernah membaca buku seorang professional photographer, Saiful Nang yang menceritakan tentang realiti kehidupan yang perlu untuk kita menempuh onak berduri dalam mencapai kejayaan. Part 'mak cik sok sek' yang terdapat dalam buku tersebut yang ingin saya ceritakan dalam entry ini.

Mak cik sok sek yang dimaksudkan ialah mak cik yang suka lepak bawah pokok mangga lalu gosip perihal orang lain. Orang yang suka bergosip ni kita kena lebih berhati-hati. Kalau dia berani gosip orang lain, tak mustahil dia juga boleh gosip kita. Korang setuju tak?




Hari ini Allah menguji kesabaran saya apabila berhadapan dengan orang yang tinggi bicaranya. Family saya tak pernah berdengki dengan kelebihan orang lain ada tapi bila kami ada kelebihan sikit mula dicanang cerita. Dulu family saya susah tapi sejak mak berbisnes alhamdulillah kami hidup lebih selesa. 

Mak pernah pesan jangan jadi seperti ayam bertelor riuh sekampung. Dia (mak cik sok sek) selalu cerita pada orang ramai apa yang dia ada. Tak kisah untuk bercerita tapi biar berpada. Sedangkan apa yang kami ada selalunya lebih lagi dari apa yang dia ada. Cuma kami lebih suka bergaya bersederhana.

Berdasarkan pemerhatian saya, selalunya orang yang tak kaya lebih mengada-ngada mengatakan dia kaya. Ada saja yang hendak dibanggakan. Tapi orang kaya cool je. Ustaz kazim pernah cakap senang je nak berhadapan dengan orang yang cakap melambung tinggi. Kita cakap lebih tinggi dari dia baru dia reti diam hahahaha.

Apa yang mak saya pesan saya selalu ingat. Cuma kadang-kadang tu terbabas juga. Bagi saya orang kaya lagi humble memang cool habis. Saya bangga dengan mereka. Last but not least, jangan jadi seperti mak cik sok sek ya.

5 comments:

  1. makcik soksek ada je kat mana2, kdg bukan makcik pun, muda belia lagi. part Ustaz Kazim tu penah degar, hahaha betul gak kdg kene buat2 ckp tinggi dgn org3 mcm ni, cuma elakkan melayan la. huhu. btw, nice blog.

    ReplyDelete
  2. Betul. Sangat suka tengok orang kaya yang humble :)

    ReplyDelete
  3. laparnya..dap pulak tgk makanan kat cini

    ReplyDelete