Wednesday 17 February 2016

Welcome Chapter 4 ^_^

Assalamualaikum...



Majoriti pelajar IPTA sudah memulakan pengajian bagi semester baharu. Same like me. Tapi dengar khabar student UiTM masuk hujung bulan ni. Usually a few days before the new chapter begins, kita akan dapat result, kan. How was your result? Hee saya punya result drop tapi thankfully tak kena repeat. Kalau nak better result boleh je repeat but I won't.

Semester 4 ni sangat tough sebab saya wajib ambil 26 jam kredit dan subjeknya agak tough. Kalau saya repeat, jam kredit saya akan jadi 29. Saya takut tak boleh cover dan sebab itu saya memilih untuk tidak repeat. Lagipun saya tahu saya dah perform yang terbaik.

Pada jumaat lepas sebelum saya boarding, mak sempat hantar sms katanya suruh saya seperti Anjang Ali. Saya tak pernah dengar nama ni lalu saya tanya pada emak saya. Mak saya cakap, Anjang Ali ni seorang lelaki buta tapi beliau berjaya dalam pengajian dan memiliki kerjaya yang hebat. Jika dia boleh berjaya, kenapa kita tidak? Saya rasa terharu dengan semangat emak saya dan saya berjanji untuk perform yang terbaik bagi semester ini. Wish me luck =)

2 comments: